Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Muis persiap agar proses licin jika jemaah ditawar haji tahun ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Muis persiap agar proses licin jika jemaah ditawar haji tahun ini

Saudi belum lagi sahkan sebarang butiran termasuk kuota haji SG sejauh ini
Apr 21, 2022 | 05:30 AM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah menghubungi jemaah haji yang berpotensi dan sedang menanti giliran bagi memastikan butiran mereka dikemas kini bagi memastikan proses yang licin sekiranya mereka ditawarkan ke haji tahun ini.

Muis menambah bahawa pihak berkuasa Arab Saudi belum lagi mengesahkan sebarang butiran termasuk kuota rasmi haji untuk Singapura.

Berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Muis menjelaskan juga sebarang anggaran kenaikan harga pakej haji pada masa ini hanyalah spekulasi.

Ini kerana Muis belum lagi melantik agensi-agensi haji (GSA) ataupun meluluskan sebarang pakej haji bagi tahun ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Muis berkata dalam kenyataannya:

"Muis belum lagi menerima peruntukan rasmi bagi haji dari Arab Saudi.

"Kami telah diyakinkan bahawa pihak berkuasa Saudi sedang menimbangkan semua aspek keadaan dan akan mengumumkannya setelah ia siap.

"Sementara itu, Muis telah menghubungi semua yang dalam giliran untuk memastikan yang mereka sudah mengemas kini butiran bagi memastikan proses lebih licin sekiranya mereka ditawarkan tempat untuk haji pada tahun ini," tambah Muis.

Dalam e-mel dikirim yang dilihat BH, Muis antara lain menasihatkan bakal jemaah supaya bersedia secara kerohanian, fizikal dan kewangan sekiranya mereka diberi notis saat terakhir untuk menunaikan haji.

Kata e-mel itu, bakal jemaah juga perlu bersedia membeli pakej haji dari agensi haji berbeza kerana kemungkinan perubahan agensi haji dilantik Muis bagi haji 2022 dan bersiap menerima harga pakej lebih tinggi.

Dalam hal ini, Muis berkata belum ada kepastian tentang berapa kenaikan harga pakej.

"Disebabkan butiran haji belum disahkan oleh pihak berkuasa Saudi, maka sebarang anggaran kenaikan harga adalah hanya spekulasi pada ketika ini.

"Muis juga belum lagi melantik sebarang GSA atau meluluskan pakej haji untuk tahun ini."

Awal daripada ini, timbul laporan media lain bahawa pakej haji boleh mencecah sehingga $20,000.

Para jemaah yang berpotensi turut dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai protokol kesihatan.

Ini termasuk vaksinasi Covid-19 yang diluluskan Kementerian Kesihatan Saudi dan memberikan hasil ujian Rantaian Polimerase (PCR) sebelum keberangkatan.

Sementara itu, beberapa agensi berpandangan faktor seperti harga tiket penerbangan, hotel dan perkhidmatan yang lebih tinggi, dijangka menyumbang kepada kenaikan harga pakej tahun ini. Namun mereka keberatan memberi anggaran kenaikan itu kerana belum ada butiran terperinci seperti kuota haji rasmi.

Pengurus Besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, yang juga anggota pasukan bertindak Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), berkata:

"Kami sedang menantikan berita rasmi tentang kuota dan siapa akan dilantik sebagai ejen haji. Dari situ, akan lebih jelas berapa jumlah jemaah yang boleh diperuntukkan.

"Dari segi kos, kami menjangkakan kenaikan kerana beberapa kos yang meningkat. Misalnya, harga tiket penerbangan dan hotel yang naik. Kami juga jangka bayaran bagi perkhidmatan seperti di Arafah dan Mina lebih tinggi kerana perkhidmatan yang dinaik taraf."

LAPORAN SELANJUTNYA: Usia lebih 65 tahun: Hasrat tunai haji tidak kesampaian

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3