Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis prihatin keselamatan pelajar S'pura di Yaman

Apr 08, 2015 | 07:23 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) amat prihatin dengan konflik bersenjata di Yaman dan kesan ke atas keselamatan dan kebajikan para pelajar Singapura di sana.


Dalam kenyataannya hari ini, Muis berkata pihaknya dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) sedang berhubungan dengan para pelajar Singapura yang sedang menuntut di Tarim, Hadramaut.


Mereka digesa supaya meninggalkan Yaman segera dan Muis serta MFA sedang bekerjasama untuk memudahkan kepulangan mereka ke Singapura.


MFA sebelum ini telah menasihatkan rakyat Singapura agar tidak mengadakan lawatan ke Yaman dan untuk mereka di sana menghubungi kementerian tersebut.


Ia memberi amaran operasi menyelamat di Yaman sekarang menjadi lebih mencabar ekoran keadaan yang sedang bergolak.


Rakyat Singapura atau waris yang masih berada di Yaman boleh menghubungi talian hotline 24 jam MFA di +65-6379 8800/8855 atau e-mel di mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.


Ibu bapa pelajar yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi Muis di talian +65-6359 1447/1199 or email info@muis.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >