Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Muis prihatin tindakan ganas ke atas jemaah di Al-Aqsa, masjid SG doakan keamanan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Muis prihatin tindakan ganas ke atas jemaah di Al-Aqsa, masjid SG doakan keamanan

May 10, 2021 | 05:54 PM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) melahirkan rasa prihatin dan kesedihan yang mendalam ekoran tindakan ganas ke atas jemaah di masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis.

Dalam satu pos di Facebook, Muis berkata ia mengutuk sebarang tindakan ganas terhadap golongan yang tidak bersenjata.

"Muis mengecam sebarang tindakan keganasan ke atas penganut agama yang tidak bersenjata, tidak kira agama mereka, dan perbuatan mencemar tempat ibadah.

"Sebagai umat yang mempunyai hati nurani yang percaya akan kesucian kehidupan manusia, kami berdoa keampunan dan keselamatan Allah bagi mereka yang tidak bersalah dan mengharapkan keadaan dapat dipulihkan dengan tenang dan cepat," tulis Muis.

Dalam pada itu, ia menambah bahawa  masjid-masjid di Singapura akan memanjatkan doa keamanan dalam hari-hari terakhir Ramadan.

Muis menggesa masyarakat Islam di sini supaya menyertai doa ini, sambil menambah bahawa terdapat banyak usaha bantuan yang dijalankan badan-badan kemanusiaan antarabangsa di mana masyarakat setempat dapat memberi sumbangan.

Dalam pos tersebut, Muis berkata ia juga bersetuju dengan kedudukan Singapura menyokong penyelesaian dua-negera di mana warga Palestin dan Israel hidup dalam keamanan dan keselamatan bersama.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3