Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis sahkan selesai siasat lelaki yang mengaku diri 'nabi', laporan polis dibuat

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah selesai membuat siasatan berhubung kes seorang lelaki yang didakwa ketua sebuah kumpulan ajaran sesat dengan pengikut wanita dan mengaku dirinya 'nabi'.



Hasil siasatan itu, Muis telah membuat satu laporan polis, kata jurucakap Muis.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap Muis berkata:



"Kami kini sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa mengenai hal ini.



"Kami tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana hal ini sedang disiasat polis," kata Muis.



Polis mengesahkan kepada BH bahawa laporan telah dibuat dan mereka kini sedang menjalankan siasatan.



Sabtu lalu, BH melaporkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berkenaan individu yang didakwa menyebar ajaran sesat itu tetapi komen lanjut tidak dapat diberikan oleh Muis kerana kes sedang disiasat.



Kes itu mendapat perhatian pada November tahun lalu setelah timbul laporan mengenai seorang lelaki yang didakwa menyebar ajaran sesat dan mengaku dirinya 'nabi'. Individu itu juga tidak diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Bekas tukang urut berusia 50-an tahun itu juga dilaporkan telah menjalani nikah batin bersama lima wanita.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dijangka memberi perkembangan mengenai kes itu di Parlimen hari ini.



Dalam satu jawapan bertulis di Parlimen pada April lalu, Encik Masagos berkata Muis kali pertama menerima aduan tentang kes berkenaan pada 6 Oktober 2015. Waktu itu kes tersebut masih disiasat.



Menurut Encik Masagos, pegawai Muis telah menemui individu yang membuat aduan itu, bersama individu lain yang mempunyai maklumat mengenai kes itu, setelah menerima aduan pada 2015.



"Berdasarkan maklumat yang diberikan waktu itu, tiada bukti yang mencukupi untuk mengambil tindakan lanjut terhadap individu tersebut," kata Encik Masagos.



Muis dalam kenyataannya kepada BH semalam telah mengingatkan masyarakat agar meraih ilmu dan bimbingan hanya daripada mereka yang layak dan berdaftar di bawah ARS.



"Muis juga menggesa masyarakat agar bertanggungjawab secara sosial dalam penggunaan platform media sosial mereka dan tidak melemparkan fitnah terhadap individu serta mengelak daripada menyebarkan dakwaan tidak berasas," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >