Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Semasa kecemasan, setiap detik penting

Muis berkata langkah telah diambil untuk pelihara kesucian masjid semasa latihan kecemasan di Masjid Sultan dan Hab Islam Singapura
Nov 27, 2019 | 09:05 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mengeluarkan kenyataan hari ini mengenai latihan anti-pengganasan yang dilakukan di Hab Islam Singapura petang tadi. 



Ini menyusuli latihan sama yang dilakukan di Masjid Sultan pada 24 November. 



Objektif latihan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap persediaan untuk waktu kecemasan di institusi agama utama Singapura sebagai sebahagian daripada rangka kerja SGSecure. 



Menurut kenyataan tersebut, langkah-langkah telah diambil untuk menghormati dan mengekalkan kesucian dewan solat di masjid sementara memastikan semua latihan dilakukan secara realistik. 



“Langkah penjagaan yang sewajarnya telah diambil untuk menghormati dan menjaga kesucian dewan sembahyang masjid, sambil memastikan latihan itu dilakukan seberapa mungkin serupa kepada senario sebenar.



“Langkah-langkah telah diambil untuk menghormati dan mengekalkan kesucian dewan sembahyang selepas latihan tamat. 



“Sebagai sebahagian daripada rangka kerja SGSecure, pertubuhan keagamaan telah mengkaji kesediaan keselamatan dan kecemasan di tempat-tempat ibadah di serata Singapura, sebagai sebahagian daripada inisiatif nasional untuk menjadikan Singapura lebih bersiap sedia bagi serangan pengganasan,” menurut Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >