Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Semua masjid laungkan azan bagi solat Jumaat pada 12.50 tengah hari

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



MASJID di Singapura, mulai minggu depan akan melaungkan azan bagi solat Jumaat pada 12.50 tengah hari, iaitu sebelum masuknya waktu zuhur.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata ini bagi memastikan seberapa ramai jemaah dapat terus menunaikan solat Jumaat di masjid, sungguhpun waktu solat zuhur akan bermula lebih lewat dalam beberapa minggu akan datang.



Menerangkan langkah itu, anggota bersekutu Jawatankuasa Fatwa, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, berkata keputusan ini sebenarnya berdasarkan pada hadis Rasulullah saw yang bertujuan menjaga kebajikan masyarakat Islam yang ingin mendirikan solat Jumaat dan membenarkan seramai mungkin melaksanakannya.



"Sungguhpun begitu, saya ingin menekankan dan menegaskan bahawa panduan ini hanya dibenarkan sekiranya anda mendirikan solat Jumaat di masjid.



"Sekiranya anda tidak berjaya mendapatkan tempat untuk solat Jumaat, anda perlu menggantikannya dengan solat zuhur di rumah dan anda perlu mengikuti waktu zuhur seperti biasa," ujarnya.



Pengumuman tersebut turut disampaikan dalam khutbah Jumaat semalam yang menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah keputusan yang dilakar oleh Jawatankuasa Fatwa Singapura.



Ini antara penyesuaian yang dilaksanakan pada sebahagian amalan keagamaan akibat pandemik Covid-19 sekarang demi memastikan keselamatan jemaah masjid serta kesejahteraan masyarakat secara umum.



Menurut Ustaz Irwan Hadi, Jawatankuasa Fatwa Singapura telah menjalankan kajian hadis Rasulullah saw secara intensif serta panduan sunah Rasulullah saw dan para ulama dalam tradisi agama berhubung hal ini.



Tambahnya, terdapat hadis yang menunjukkan bahawa adakalanya Rasulullah saw mendirikan solat Jumaat bersama para sahabat sebelum zawal, iaitu sebelum masuknya waktu zuhur dan ini biasanya ia berlaku semasa kemuncak musim panas.



"Terdapat keadaan yang kita perlu mempertimbang dan ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa, yang mana kita boleh mengambil pandangan Mazhab Hanbali.



"Bahkan ia bukan pandangan Mazhab Hanbali sahaja... Imam As-Syafie (juga) sangat mengambil berat akan kemaslahatan, memelihara kepentingan dan kebajikan kaum Muslimin," katanya.



Khutbah Jumaat semalam turut menyatakan bahawa keputusan fatwa bagi melaungkan azan sebelum masuknya waktu solat zuhur itu bukan satu perkara yang baru.



Malah menurut hadis riwayat Imam Muslim, Nabi Muhammad saw sendiri pernah mengawalkan solat Jumaat ketika ada keperluan tertentu.



"Maka dengan panduan agama tersebut, diharapkan amalan keagamaan kita di Singapura akan kekal berterusan walaupun dengan beberapa penyesuaian yang tertentu," menurut khutbah tersebut.




“Sungguhpun begitu, saya ingin menekankan dan menegaskan bahawa panduan ini hanya dibenarkan sekiranya anda mendirikan solat Jumaat di masjid. Sekiranya anda tidak berjaya mendapatkan tempat untuk solat Jumaat, anda perlu menggantikannya dengan solat zuhur di rumah dan anda perlu mengikuti waktu zuhur seperti biasa.”
– Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, anggota bersekutu Jawatankuasa Fatwa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >