Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Muis, SFA siasat dakwaan berhubung 'daging kartel' dari M'sia masuk ke sini

Setempat
27
0

Muis, SFA siasat dakwaan berhubung 'daging kartel' dari M'sia masuk ke sini

Turut minta maklumat lanjut dari pihak berkuasa di M'sia * Muis jelas daging diimport S'pura diyakini halal
Dec 30, 2020 | 05:30 AM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang menyiasat dakwaan daging beku tidak halal telah dieksport ke Singapura dari Malaysia, berhubung isu kartel daging yang menjual daging beku tidak halal dengan label halal di sana.

Muis juga telah mengirimkan surat kepada pihak berkuasa yang relevan di Malaysia untuk memohon maklumat lanjut, menurut Muis dan SFA dalam satu kenyataan bersama semalam.

Pihak berkuasa di Malaysia telah berkata ia sedang menyiasat perkara itu, sedang perbualan rancak di media sosial setempat mengenai daging beku tersebut, yang dikhuatiri telah dieksport ke Singapura dan sama ada salah laku dalam proses mengeksport dan pembungkusan daging halal itu juga telah berlaku di Singapura.

Dalam kenyataannya, Muis dan SFA mengingatkan pihak awam supaya mendapatkan pengesahan bagi maklumat dari sumber yang berwibawa dan supaya tidak menyebar khabar angin.

"Muis ingin menyakinkan awam produk daging diiktiraf halal yang diimport ke Singapura mengikut undang-undang boleh dimakan dengan yakin," kata Muis dan SFA, yang berkata pihak berkuasa di Malaysia juga berkata produk halal di sana boleh diyakini.

Hanya daging dan produk daging daripada perniagaan luar negara yang diiktiraf SFA boleh diimport ke Singapura, kata Muis dan SFA.

"Daging dan produk daging diimport juga tertakluk kepada program pengawasan keselamatan makanan SFA demi memastikan ia memenuhi keperluan import dan piawaian peraturan SFA. Di samping itu, daging yang diimport bagi pasaran Islam dan pemegang sijil Muis mesti memenuhi keperluan halal," kata kenyataan bersama itu sambil menekankan Muis mempunyai proses berkesan untuk memastikan daging diimport yang diiktiraf badan pensijilan asing turut memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Isu daging tidak halal dari seberang Tambak itu melibatkan sindiket yang didakwa menyeludup, membungkus semula dan menggantikan label produk daging beku tidak halal sebagai 'disahkan halal' untuk penjualan di Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengarahkan satu laporan khas mengenai skandal kartel daging itu.

Pihak berkuasa negara itu menyerbu satu kartel penyeludupan daging di Senai, Johor, dan merampas 1,500 tan daging beku bernilai RM30 juta ($9.84 juta) awal bulan ini. Serbuan itu dibuat berikutan satu laporan oleh akhbar Sinar Harian, pada bulan lalu.

Minggu lalu, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa sindiket kartel daging telah beroperasi di negara itu sejak 40 tahun lalu.

"Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati apabila membeli produk daging di luar negara," kata Muis dan SFA.


Laporan lanjut:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3