Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis, SFA teliti dakwaan isu sindiket daging di M'sia

Dec 29, 2020 | 08:28 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang meninjau dakwaan dan kenyataan mengenai isu kartel daging yang ditimbulkan pihak berkuasa Malaysia bagi mengenal pasti jika perbuatan tidak elok itu menjejas pasaran Singapura.



Ini dinyatakan dalam satu kenyataan bersama Muis dan SFA pada Selasa (29 Disember).



Menurut kenyataan itu, Muis sedang menulis kepada pihak berkuasa yang relevan di Malaysia bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perkara ini.



Orang ramai diminta agar tidak menyebar khabar angin di samping memeriksa maklumat yang diterima datang daripada sumber yang sahih.



Kenyataan ini dikeluarkan menyusuli laporan media di Malaysia baru-baru ini mengenai sindiket kartel daging yang didakwa berpangkalan di Malaysia dan menyeludup, membungkus kembali serta melabel daging beku tidak halal sebagai disahkan halal untuk jualan di negara tersebut.



Menurut Muis, pihak berkuasa di Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menyiasat perkara ini lantas menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian mengenai hasil siasatan atau menyebar khabar angin.



"Muis juga mendapati terdapat pesanan yang tersebar di media sosial yang melahirkan keprihatinan bahawa daging beku dari Malaysia ini mungkin diimport ke Singapura atau wujud proses tidak elok dari segi import dan bungkusan daging halal yang mungkin juga berlaku di Singapura," tambah kenyataan itu.



Namun, Muis dan SFA ingin menjelaskan bahawa hanya daging dan produk daging daripada luar negara yang mendapat pengesahan SFA boleh diimport ke Singapura. Daging dan produk daging import juga tertakluk pada program pemantauan keselamatan makanan SFA bagi memastikan mereka memenuhi keperluan dan piawaian pengaturan SFA.



Sebagai tambahan, daging yang diimport buat pasaran masyarakat Islam di Singapura dan pemegang sijil Muis harus memenuhi ketetapan halal, tambah kenyataan itu.



"Muis mempunyai proses yang berkesan dalam memastikan daging import ini disahkan oleh badan pengesahan asing yang memenuhi ketetapan khusus.



"Muis juga ingin memberi jaminan kepada orang awam bahawa produk daging yang disahkan halal serta diimport mengikut undang-undang ke Singapura boleh dimakan dengan yakin atau tanpa was-was.



"Pihak berkuasa di Malaysia juga sedang memberi jaminan kepada pengguna di negara itu tentang produk daging yang disahkan halal. Pengguna dinasihati agar berhati-hati apabila membeli produk daging dari luar negara," tambah kenyataan itu lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >