Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis terima pensijilan ISO 17065

Dec 07, 2018 | 07:27 PM



PERNIAGAAN Singapura yang ke luar negara akan dapat menikmati akses pasaran yang lebih luas dan cepat bagi produk halal mereka.



Ini selepas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerima pensijilan Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) 17065, sebuah piawaian antarabangsa mengenai penilaian keakuran bagi badan yang mengesahkan produk, proses dan perkhidmatan.



Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad, menerima plak pentauliahan daripada pengerusi Majlis Pentauliahan Singapura (SAC), Encik Renny Yeo di Hari Pelanggan SAC 2018 bulan lalu.



Pentauliahan baru itu adalah pengesahan bagi kecekapan teknikal dan kewibawaan Muis dalam Pensijilan Produk Halal, kata Muis dalam satu kenyataan hari ini (7 Dis).



Tahun lalu, Muis mengesahkan hampir 5,000 premis dan 55,000 jenis produk yang dibuat di Singapura.



Produk ini terdiri daripada makanan siap sedia ke sos.



Bagi tujuan eksport, produk yang disahkan halal oleh Muis diterima oleh pasaran serata dunia termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Australia, Eropah, Afrika Selatan and Amerika Syarikat.



Pengarah Pembangunan Industri dan Dasar Aset Muis, Cik Dewi Hartaty Suratty berkata: "Dengan pentauliahan ini, kami berharap perniagaan Singapura yang ke luar negara dapat mempunyai kelebihan saing yang lebih baik dan akses pasaran yang lebih besar bagi produk halal mereka. Bagi pengguna, mereka boleh yakin yang proses pensijilan halal Muis dijalankan dalam cara yang cekap, adil dan boleh dipercayai."



Sejak 15 Oktober, perniagaan juga boleh memohon bagi dan menguruskan permohonan dan pensijilan halal Muis mereka menerusi portal LicenseOne.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >