Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Teruskan pengorbanan terpuji harungi pandemik

Turut gesa mereka yang belum divaksinasi agar melakukannya terutama warga emas
Jul 20, 2021 | 05:30 AM



SEJAK permulaan pandemik Covid-19, masyarakat Muslim di Singapura telah membuat pengorbanan dan penyesuaian penting selain bertindak secara bertanggungjawab untuk melindungi diri mereka serta masyarakat secara meluas daripada penularan virus Covid-19.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, ia telah memuji tindakan yang diambil masyarakat Melayu/Islam sejauh ini termasuk mengurangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sepanjang dua tahun ini.



"Ini amat penting dalam mengurangkan risiko penularan yang timbul akibat aktiviti keagamaan.



"Sedang kita menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini, adalah penting kita terus melakukan tanggungjawab sivik ini bagi memastikan orang yang kita sayangi terutama warga tua, selamat," kata Muis.



Dalam pada itu, Muis turut menggesa mereka yang belum divaksinasi agar melakukan demikian terutama warga emas.



"Kami menggesa individu yang mudah dijangkiti, terutama warga tua yang belum divaksinasi terhadap Covid-19, agar tinggal di rumah seberapa yang boleh sepanjang beberapa minggu akan datang," tambahnya.



Bagi solat Aidiladha tahun ini, sejumlah 19 masjid akan menawarkan lebih 100 tempat bagi jemaah yang sudahpun divaksinasi atau telah menjalani Ujian Sebelum Acara (PET).



Selain itu, 47 masjid lain akan menawarkan satu zon yang dapat menempatkan 50 jemaah.



"Sebagai alternatif, seseorang individu juga boleh bersolat secara berjemaah dengan ahli keluarga di rumah," kata kenyataan itu lagi.



Muis juga telah menyediakan pelbagai sumber keagamaan di www.muslim.sg bagi mereka yang akan menjalankan solat Aidiladha di rumah bersama keluarga selain artikel mengenai maksud pengorbanan serta cara melakukan takbir.



Di samping itu, solat dan khutbah Hari Raya Aidiladha akan ditayangkan secara langsung di SalamSG TV di YouTube.



Berhubung perhimpunan sosial, adalah penting untuk terus mematuhi Langkah Pengurusan Selamat.



Ini termasuk mengehadkan perhimpunan sosial atau lawatan ke rumah tidak lebih daripada dua sehari atau menerima tidak lebih daripada 5 pengunjung setiap hari.



Muis turut menasihati agar mengurangkan bilangan mereka yang menziarahi kubur kepada lima orang.



Elakkan juga bersalaman dan sebaliknya melaksanakan "Salam Mufti".



Seperti tahun lalu, tiada haiwan ternakan dibenarkan diimport ke Singapura.



Sebaliknya masjid akan membantu dan pengurusan ibadah korban yang dilakukan di Australia dengan daging korban dibekukan dan kemudian dihantar ke Singapura.



Namun tahun ini, korban akan menampilkan tempoh pengagihan yang dilanjutkan iaitu dari Hari Raya Haji sehingga pertengahan Ogos.



Prosedur operasi bagi pengagihan akan dilaksanakan termasuk mematuhi piawaian kebersihan yang tinggi dan menjarakkan tempoh pengagihan dan pengambilan daging korban.



Akur terhadap penyesuaian sukar yang perlu dilakukan masyarakat sepanjang dua tahun lalu, Muis berharap keadaan akan kembali pulih agar lebih banyak aktiviti keagamaan dan sosial dapat disambung semula dengan selamat.



"Muis akan terus memantau keadaan dan memberikan perkembangan terkini. Kita berterima kasih terhadap masyarakat atas kesabaran dan kerjasama mereka.



"Ayuh kita terus kekal berwaspada agar dapat menjadikan Singapura selamat," katanya lagi.




SEKILAS PESANAN



  • Masyarakat Muslim telah membuat pengorbanan dan penyesuaian penting untuk melindungi diri serta masyarakat daripada Covid-19;

  • Ini termasuk mengurangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sepanjang dua tahun ini;

  • Muis menggesa mereka yang belum divaksinasi supya melakukan demikian terutama warga tua;

  • Warga tua yang belum divaksinasi digalak jangan keluar rumah seberapa yang boleh sepanjang beberapa minggu akan datang;

  • 19 masjid menawarkan lebih 100 tempat bagi jemaah yang sudahpun divaksinasi atau telah menjalani Ujian Sebelum Acara (PET) untuk solat Aidiladha;

  • 47 masjid lain pula menawarkan satu zon yang dapat menempatkan 50 jemaah;

  • Alternatif, jemaah boleh solat di rumah;

  • Boleh dapatkan sumber di www.muslim.sg;

  • Untuk menonton solat dan mendengar khutbah, boleh menonton SalamSG TV;

  • Hadkan perhimpunan sosial dan lawatan ke rumah, tidak melebihi dua dalam sehari;




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >