Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis tingkat sokongan pekerja asing di dormitori Ramadan ini

Apr 23, 2020 | 05:30 AM



DENGAN kedatangan Ramadan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menyediakan sokongan menyeluruh bagi membantu pekerja asing Muslim yang tinggal di asrama menjalani ibadah semasa bulan suci ini.



Ini setelah mereka tidak lagi dibenarkan keluar dari asrama itu bagi mengekang penularan Covid-19.



Dalam kenyataan Muis semalam, Muis aktif bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk mengedarkan maklumat penting seperti waktu solat, Fatwa, irsyad serta Buku Panduan Ramadan Muis yang sudah diterjemahkan dalam Bahasa Bengali.



Garis panduan Ramadan dan nasihat perubatan semasa menjalani ibadah puasa juga disediakan dalam bahasa mereka.



Dalam melakukan tarawih di asrama mereka, mereka boleh bertarawih sendirian atau dengan rakan sebilik mereka tetapi masih mengekalkan jarak selamat.



Muis juga sedang bekerjasama dengan Masjid Assyakirin untuk menghasilkan video pendek yang memaparkan imam yang bertutur dalam bahasa Bengali.



Imam itu menyampaikan mesej keagamaan serta mesej bagi memberikan kata-kata semangat agar mereka dapat menjalani kehidupan keagamaan dalam tempoh ini.



Masjid-masjid lain juga mendekati pekerja asing itu melalui video yang disebarkan melalui WhatsApp terutama bagi jemaah yang sering datang ke masjid mereka.



Dalam pada itu, Muis juga telah menyediakan sumber dalam bahasa Bengali di Saluran SalamSG TV, yang merupakan saluran YouTube khas hasil kerjasama Muis, Berita Harian (BH) dan masjid. Ia menyediakan video dalam talian bagi masyarakat Muslim semasa Ramadan.



Mesej oleh Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir khusus untuk pekerja asing yang disampaikan pada 13 April juga mempunyai terjemahan dalam bahasa Bengali.



"Muis mengiktiraf sumbangan penting pekerja asing kepada Singapura. Selain pengorbanan dan sumbangan kepada pembangunan negara Singapura, Muis juga mengiktiraf sumbangan ramai pekerja asing Muslim yang menjadi sebahagian dari masyarakat masjid. Ramai yang menjadi relawan dalam menyediakan juadah buka puasa dalam bulan Ramadan dan sepanjang tahun.



"Kini, mereka juga bertarung menghadapi Covid-19 bersama negara,'' ujar kenyataan Muis.



Di bawah langkah pemutus litar, sekitar 180,000 pekerja asing yang memegang permit kerja dan pemegang Pas S serta anggota keluarga mereka telah diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >