Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis undang maklum balas awam mengenai kehidupan beragama di S'pura

Feb 16, 2018 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mengundang orang ramai untuk mengongsi pandangan mereka mengenai kehidupan keagamaan masyarakat Islam setempat, pendidikan Islam, dan masjid.



Dalam satu kenyataan semalam, Muis berkata usaha mendapatkan maklum balas itu adalah sebahagian daripada usaha mengatasi keperluan sosiokeagamaan masyarakat yang berubah, dan melakar hala tuju Muis dan masyarakat Islam sempena ulang tahun ke-50 Muis.



Sejak 20 Januari lalu, Muis telah membuka saluran maklum balas awam, mengundang pelbagai segmen masyarakat untuk menyertai perbincangan itu dalam talian.



Maklumat lanjut mengenai tiga bidang perbincangan itu boleh didapati di www.muis.gov.sg/muis50, dan orang ramai boleh menghantar e-mel ke muis50@muis.gov.sg.



Saluran menerima maklum balas ini akan dibuka hingga 28 Februari nanti.



Selain itu, Muis telah mengadakan siri pendekatan sejak Oktober tahun lalu, yang merangkumi sesi perbincangan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk asatizah, pemimpin masjid, pemimpin masyarakat dan pertubuhan, karyawan, ibu bapa, pelajar dan lain-lain lagi.



Tiga topik perbincangan yang dibentangkan Muis bagi latihan mendapatkan maklum balas itu ialah Kehidupan Keagamaan Masyarakat Islam Singapura; Pendidikan Islam: Keprihatinan dan Keterbatasan, Keperluan dan Aspirasi; serta Masjid: Memberi Khidmat kepada Masyarakat dan Masyarakat Lebih Luas Pada Masa Depan.



Antara isunya adalah kepelbagaian masyarakat Islam, nilai dan prinsip untuk memperkukuh ikatan, bimbingan daripada asatizah setempat, serta kesediaan institusi keagamaan untuk mempersiap masyarakat bagi kehidupan keagamaan mereka pada masa depan.



Berhubung pendidikan Islam pula ialah permintaan bagi tempat darjah satu di madrasah yang semakin meningkat dan apakah yang boleh dilakukan untuk memenuhi keperluan masa depan.



Antara persoalan bagi peranan masjid pula adalah cara bagi masjid mempertingkat program dan perkhidmatan memandangkan cabaran yang dihadapi masyarakat Islam dan masyarakat lebih luas.



Muis berkata ia turut mengalu-alukan maklum balas dalam bidang lain dan cara untuk meningkatkan perkhidmatannya.



"Sedang Muis meraikan ulang tahunnya yang ke-50 pada 2018, ia mengambil kesempatan ini untuk merenung perjalanan yang telah dilalui bersama dengan masyarakat, dan memandang ke arah masa depan," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >