Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis, Universiti Jordan jalin kerjasama bangun program possiswazah asatizah

Mar 13, 2019 | 05:30 AM



DARI AMMAN, JORDAN: HUBUNGAN Singapura dan Jordan dalam bidang pendidikan melangkah ke tahap baru apabila Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Universiti Jordan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) semalam.



Memorandum itu mencerminkan komitmen Universiti Jordan untuk bekerjasama dengan Muis dalam membangunkan modul di bawah program Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.



Universiti Jordan ialah rakan kongsi penting, dengan ramai pelajar Singapura menuntut di sana dan semakin menjadi pilihan popular dalam kalangan lulusan madrasah.



Pemeteraian itu adalah satu mercu tanda dalam perkongsian tersebut.



Ia ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, dan Presiden Universiti Jordan, Profesor Abdelkarim AlQudah.



Pemeteraian itu disaksikan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Menteri Ehwal Wakaf Islam dan Tempat Suci Jordan, Dr Abdel Naser Mousa A. Abu Elbasai.



Universiti Jordan adalah universiti utama Jordan dan cemerlang dalam bidang pedagogi, penyelidikan dan inovasi. Ia menawarkan lebih 250 program akademi menerusi 24 sekolah pengajian dalam pelbagai disiplin.



Semasa berucap di majlis pemeteraian itu, Encik Esa melahirkan penghargaan terhadap kesediaan Universiti Jordan menjadi rakan kongsi dalam membangunkan PCICS dengan mengambil kira pembangunan jangka panjang untuk meluaskan lagi perkongsian dan mewujudkan program ijazah baru pada masa depan.



Beliau berkata: "Dalam usaha kami untuk menyumbang kepada pendidikan asatizah, kami berasa terangsang dengan keterbukaan Universiti Jordan membangun dan menghasilkan modul peringkat possiswazah "Isu Kontemporari dalam Islam", sebagai sebahagian daripada PCICS.



"Modul ini akan sebahagian besarnya berdasarkan modul possiswazah sedia ada yang ditawarkan Universiti Jordan dan akan menggabungkan komponen baru bagi membentuk modul yang dicadangkan Muis mengikut keperluan khusus dalam konteks Singapura," kata beliau.



Menurut Encik Esa, terdapat seramai 145 pelajar Singapura di Irbid dan Amman, antara lain kerana mutu pembelajaran di Jordan serta peluang bagi sebahagian besar pelajar untuk membayar yuran dengan kadar yang sama dengan pelajar setempat selama bertahun-tahun.



"Lebih banyak lulusan yang kembali dari Jordan termasuk alumni Universiti Jordan, memainkan peranan penting di dalam masyarakat, sama ada berkhidmat di Muis, masjid, madrasah juga seperti dalam pelbagai kedudukan yang memberi manfaat kepada masyarakat Singapura.



"Kami menjangka lebih ramai pelajar akan mengikuti pengajian mereka di Jordan di tahun-tahun akan datang," ujarnya.



Rancangan mempertingkat kemahiran dan pengetahuan asatizah sesuai dengan konteks setempat telah dibentangkan oleh Encik Masagos dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, di Parlimen Jumaat lalu.



Ini termasuk program PCICS dan pembentukan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) yang bertujuan mengajak masyarakat mencipta visi bersama asatizah masa depan.



Pemeteraian itu adalah antara acara dalam kunjungan Encik Masagos selama empat hari ke Mesir dan Jordan. Beliau ditemani Encik Esa dan beberapa pegawai kanan Muis.



Encik Masagos dan delegasinya dijadualkan pulang hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >