KESETIAAN kepada negara merupakan antara nilai yang dianjurkan Islam.
Menjelaskan demikian, Naib Presiden Forum Mempromosikan Keamanan dalam Masyarakat Muslim, Shaykh Hamza Yusuf, menyatakan bahawa dalam Al-Quran, Islam menganjurkan pengikutnya mematuhi peraturan negara, tidak kira jika mereka Muslim, sekular atau negara yang mengikuti tradisi lain.