Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mujur ada TTFS, pelajar Akademi BCA mampu teruskan pengajian ketika ayah sakit

Sep 12, 2019 | 05:30 AM



BAGI Encik Mohamad Alfian Mohamad Rosdin, menuntut kursus diploma di Akademi Bangunan dan Pembinaan (BCA), adalah sesuatu yang beliau sudah lama impikan.



Ia merupakan satu pencapaian baginya. Namun, kebahagiaan yang dirasainya hanya seketika.



Tiba-tiba bapanya, Encik Mohamad Rosdin Roslan, 54 tahun, didapati menghidap penyakit gangguan sistem saraf pusat, yang menyebabkannya tidak kuat untuk terus bekerja.



Encik Rosdin, merupakan satu-satunya pencari nafkah untuk keluarganya menurut kenyataan Mendaki semalam.



Sebagai anak sulung, yang mempunyai tiga adik yang masih bersekolah, Encik Alfian , 20 tahun, sedar beliau perlu mencari jalan keluar untuk membiayai pengajiannya sendiri, tanpa menambah beban kewangan kepada keluarganya.



Ini walaupun setelah beliau menerima dermasiswa untuk membantu mengurangkan kos pengajiannya.



Mujur, Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS) baru-baru ini dipertingkat dan diperluas, untuk memberi manfaat kepada pelajar yang mengikuti kursus diploma di Akademi BCA, seperti Encik Alfian.



Encik Alfian merupakan antara 17 pelajar Akademi BCA yang menerima bantuan TTFS selepas ia dipertingkat dan diperluas.



Permohonan bagi bantuan TTFS yang terkini telah dibuka pada Mei 2019.



Encik Alfian bersyukur kerana TTFS kini menyokong pelajar di Akademi BCA seperti dirinya.



Katanya: "Saya bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya, yang boleh menjaga ibu bapa dan adik-adik saya. TTFS telah banyak membantu dalam pembayaran yuran pengajian saya.



"Sekarang saya tidak perlu risau mencari bantuan kewangan setiap semester."



Subsidi ini, yang membayar 100 peratus yuran pengajiannya, telah membolehkan beliau lebih fokus pada pelajaran dan masa depannya.



Encik Alfian kini merupakan pelajar tahun kedua Kejuruteraan Mekanikal (Pembangunan Teknologi Hijau).



Ditubuhkan melalui geran pemerintah tahunan kepada Yayasan Mendaki, TTFS merupakan subsidi pendidikan bagi pelajar Melayu, yang meliputi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan, yang berada di bawah naungan pemerintah Singapura.



Sejak ditubuhkan pada 1991, ia telah disemak beberapa kali untuk memastikan ia terus relevan dalam menyokong pelajar Melayu yang meneruskan pelajaran mereka hingga ke peringkat pengajian tinggi.



Tempoh pemohonan selanjutnya untuk TTFS adalah daripada 9 September hingga 31 Oktober. Ia dibuka kepada pelajar Akademi BCA (Diploma sepenuh masa), ITE (Diploma Kejuruteraan Teknikal) serta Politeknik (Diploma sepenuh masa).


Bagi pelajar universiti, tempoh pemohonan akan bermula daripada 15 November hingga 15 Disember 2019 manakala bagi pelajar NAFA dan Lasalle, tempoh pemohonan akan bermula daripada 15 November 2019 hingga 15 Januari 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >