Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis walimah diteruskan tapi mempelai ambil langkah pencegahan

Mujur dapat ruang alternatif bagi akad nikah empat hari sebelum majlis...

Mar 23, 2020 | 05:30 AM



KELAM-KABUT Cik Ummi Nurul Syafiqah Abu Bakar dibuatnya apabila terpaksa mencari ruang alternatif untuk majlis pernikahannya hanya empat hari sebelum majlis dijadualkan berlangsung kelmarin.



Sebelum penutupan semua masjid diumumkan bagi mengelakkan penularan Covid-19, Cik Syafiqah dan pasangannya Encik Khairul Anuar Hanafi telah merancang mengadakan majlis pernikahan mereka di Masjid Sultan.



Ekoran pengumuman pada penutupan masjid dilanjutkan kepada 26 Mac, beliau terpaksa mengeluarkan kos tambahan $700 untuk sewa dewan pada detik-detik terakhir.



"Sebelum ini saya memang tahu bahawa masjid ditutup untuk dibersih tetapi saya tidak menjangkakan bahawa penutupan itu akan dilanjutkan.



"Saya terpaksa menelefon beberapa tempat dan akhirnya alhamdulillah dapat menyewa dewan di Village Hotel Bugis untuk majlis saya pada Sabtu lalu," katanya sambil menambah bahawa beliau tidak sangka bahawa perkembangan Covid-19 akan menjejaskan majlisnya.



Dewan yang disewa itu hanya boleh menampung kira-kira 60 orang dan mempunyai jarak satu meter antara satu sama lain berbanding dengan 150 orang jika tiada jarak selamat itu.



Selain cabaran mencari dewan, kakak sulung dalam keluarga dua beradik itu berkata perkembangan Covid-19 ini juga telah menghalang ramai anggota keluarga dari Malaysia ke Singapura disebabkan kawalan pergerakan yang dikenakan kerajaan Malaysia.



Menurut Cik Syafiqah, mereka yang dapat masuk Singapura sebelum itu terpaksa mengharungi kesesakan selama sembilan jam sebelum melepasi kastam Singapura.



"Saya nangis banyak kali minggu ini kerana keluarga saya yang tidak dapat datang. Mereka semua dah bersedia dengan pakaian baru khas untuk majlis saya. Bagi mereka yang sampai pula, saya rasa bersalah kerana mereka mengalami banyak cabaran hanya untuk menghadiri majlis saya," kata beliau yang berusia 25 tahun.



Malah dengan penularan wabak Covid-19 yang berterusan, Cik Syafiqah berkongsi bahawa langkah pencegahan tambahan seperti mengamalkan jarak selamat turut membentangkan cabaran kerana beliau menjemput kira-kira 1,700 tetamu untuk majlis walimahnya pula di Orange Ballroom di Tanjong Katong Complex semalam.



Dalam satu video dimuat naik kelmarin,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Events & Media, Syah Ibrahim, berkata pasangan yang akan mengadakan majlis mereka di dewan-dewan Orange Ballroom tidak perlu khuatir kerana mereka juga akan melaksanakan tanggungjawab sosial dan mengikut anjuran Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengehadkan 250 orang dalam satu ruang pada satu-satu masa.



"Saya harap tetamu yang datang mengikuti masa yang telah diperuntukkan oleh pengantin supaya kita dapat mengawal bilangan tetamu dalam dewan pada satu-satu masa," kata beliau.



Menurut Cik Syafiqah, seorang ahli terapi, ada juga yang telah memaklumkan sebelum majlis semalam bahawa mereka tidak akan datang oleh kerana mengamalkan jarak selamat.



Walaupun sedemikian, Cik Syafiqah memahami bahawa ia adalah untuk melindungi kepentingan diri dan tetamu lain terutama dengan peningkatan jumlah kes harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >