Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Mula kerjaya dengan ragu, kini mahu kembang kemahiran

Tahun ini, seramai 69 pekerja akan diiktiraf kerana prestasi dan perkhidmatan mereka yang terpuji dengan Anugerah Pekerja Terbaik FDAWU / NTUC / SHA Tahun 2021. Anugerah yang dilancarkan pada tahun 1985 ini bertujuan untuk mendorong hotel-hotel untuk mengenali pekerja yang layak atas prestasi dan sumbangan mereka yang cemerlang dalam kejayaan organisasi. Baru-baru ini, BERITA HARIAN (BH) berpeluang untuk menemuramah dua individu yang terus berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu mereka meskipun industri perhotelan terjejas akibat Covid-19. Ikuti laporan ini.
Oct 07, 2021 | 05:30 AM



MEMULAKAN latihan amali di hotel Crowne Plaza Changi Airport pada tahun 2018, Cik An-Nur Nazirah Mohd Hanafi ketika itu masih ragu-ragu jika industri perhotelan sesuai untuknya.



Sebagai seorang yang pendiam dan 'introvert', Cik Nazirah juga pernah mempersoal kemampuannya untuk bekerja dalam industri tersebut.



Namun, tiga tahun yang lalu, beliau yang berusia 22 tahun, memutuskan untuk menceburi bidang ini apabila ditawar untuk menjalani posdiploma Bekerja-Belajar untuk Diploma Spesialis dalam Pengurusan Perniagaan Hospitaliti di Politeknik Republik.



Baru-baru ini, Cik Nazirah, seorang Pegawai Perkhidmatan Tetamu di Hotel Crowne Plaza Changi Airport merupakan salah satu daripada 69 pekerja yang telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Yang Berkaitan (FDAWU) / Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) / Persatuan Hotel Singapura (SHA) Tahun 2021.



Melahirkan perasaan bersyukur, Cik Nazirah berkata beliau tidak sangka akan menerima Anugerah ini.



"Saya amat terharu diberi penghargaan ini.



"Ini akan menjadi satu batu loncatan bagi saya untuk terus menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat lebih banyak peluang untuk mengembangkan kemahiran saya dalam bidang ini," kata Cik Nazirah.



Sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Tetamu, Cik Nazirah ditugaskan untuk mengendalikan pendaftaran masuk tetamu serta menjawab sebarang pertanyaan mengenai penginapan mereka.



Namun, sejak Hotel Crowne Plaza Changi Airport ditukar menjadi kemudahan kuarantin yang ditetapkan oleh Pemerintah, Cik Nazirah berkata peranannya dan proses mendaftar tetamu banyak berubah.



Antaranya termasuk melakukan kerja tambahan seperti mengawasi pintu untuk memastikan tetamu mendaftar masuk dengan menggunakan SafeEntry serta melakukan langkah perlindungan tambahan seperti memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).



"Disebabkan kami kekurangan kakitangan, saya secara sukarela mengendali penggunaan SafeEntry bagi tetamu yang datang ke hotel.



"Selain itu, kaunter untuk mendaftar tetamu merupakan dalam zon kuning jingga di mana risiko agak tinggi, jadi kami perlu memakai PPE.



"Walaupun bekerja dalam tempat yang berhawa dingin, kami tetap berasa panas kerana perlu memakainya selama sembilan jam setiap hari," seloroh beliau.



Meskipun perlu menghadapi cabaran-cabaran tersebut, ia tidak pernah menghalangnya untuk terus memberikan khidmat yang terbaik bagi mereka yang dikenakan Arahan Kuarantin (QO).



Sebagai contoh, Cik Nazirah telah membantu seorang pramugari warga Singapura 'bertemu' semula keluarganya selepas dua tahun tidak berjumpa.



"Saya dapati bahawa pramugari itu sudah lama tidak berjumpa suami dan keluarganya, jadi saya merancang untuk memberi keceriaan kepadanya.



"Di hotel kami terdapat satu bilik yang menghadap (pusat beli-belah) Jewel. Jadi saya telah menyediakan bilik tersebut baginya supaya beliau dan keluarga dapat melihat sesama mereka melalui jendela.



"Ia mungkin sesuatu yang kecil tetapi saya gembira dapat melakukannya untuk tetamu," ujar anak bongsu tiga beradik itu.



Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Nazirah berharap beliau dapat menjadi inspirasi kepada anak muda lain sepertinya.



"Mungkin ada juga mereka yang ragu-ragu seperti saya untuk menceburi bidang ini.



"Saya hanya dapat berkata: jika tidak mencuba, anda tidak tahu sekiranya anda sesuai untuk industri ini," ujarnya.




"Saya amat terharu diberi penghargaan ini.

Ini akan menjadi satu batu loncatan bagi saya untuk terus menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat lebih banyak peluang untuk mengembangkan kemahiran saya dalam bidang ini.

...Mungkin ada juga mereka yang ragu-ragu seperti saya untuk menceburi bidang ini.

Saya hanya dapat berkata: jika tidak mencuba, anda tidak tahu sekiranya anda sesuai untuk industri ini."

- Cik An-Nur Nazirah Mohd Hanafi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >