BIARPUN Cik Syakirah Noble seorang yang periang dan suka senyum selalu, pengalaman memainkan watak kucing Cheshire dalam pementasan opera Alice In Wonderland agak mencabar kerana beliau 'terpaksa' senyum lebar.
"Watak kucing Chesire yang saya lakonkan dalam pementasan ini tidak mempunyai sebarang rasa gusar atau risau bahkan watak ini boleh dikatakan 'gila' sedikit," kata Cik Syakirah ketika dihubungi baru-baru ini.