CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok, Encik Muralidharan Pillai, semalam memberi perincian mengenai rancangan koperatif jagaan kesihatan yang didedahkan sebagai sebahagian daripada manifestonya baru-baru ini.
Encik Murali mengongsi bahawa koperatif jagaan kesihatan itu bertujuan membantu keluarga, terutamanya golongan pertengahan, membeli barang seperti vitamin dan lampin bagi orang dewasa pada harga lebih rendah.