PARTI Tindakan Rakyat (PAP) berjaya mempertahankan kerusinya di kawasan undi perseorangan (SMC) Bukit Batok selepas calonnya, Encik Muralidharan Pillai, menang dalam pilihan raya kecil SMC itu dengan majoriti 61.2 peratus undi.
Beliau mengatasi calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, yang menerima 38.8 peratus undi.
Encik Murali menerima 14,428 undi menakala Dr Chee mendapat 9,142 undi.
Seramai 24,192 orang membuang undi, termasuk 622 undi rosak.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya Encik Ng Wai Choong.
Dalam satu sidang akhbar sebentar tadi (lewat Sabtu malam), Encik Murali berkata beliau teruja dengan kemenangan tersebut.
Menurutnya, beliau akan memberikan khidmat kepada semua penduduk, walaupun ada daripada mereka yang tidak mengundinya.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

Encik Murali berkata, beliau akan memulakan tugasnya esok kerana beliau mempunyai agenda dan rancangan untuk penduduk Bukit Batok.
"Banyak yang perlu dilakukan. Saya akan memulakannya esok," kata beliau.
Encik Murali juga juga mengalu-alukan penduduk di kawasan undi itu untuk bersama-samanya dalam memenuhi pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakannya.
Mengenai pesaingnya, Encik Murali berkata Dr Chee dan SDP telah menjalankan kempen yang teratur.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Chee Soon Juan dan SDP," tambah beliau.
Dr Chee pula telah mengucapkan tahniah kepada Encik Murali.
Kepada para penduduk Bukit Batok, Dr Chee berkata: "Saya berharap anda dapat mengenali saya di masa akan datang... dan kita akan mempunyai tahun-tahun mendatang yang lebih baik".
Pilihan Raya Kecil Bukit Batok diadakan selepas wakil PAP, Encik David Ong, meletak jawatan ekoran pendedahan berkaitan dakwaan hubungan sulitnya dengan seorang aktivis akar umbi Mac lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum 2015 (GE2015), PAP yang diwakili Encik Ong menang lebih 70 peratus dalam pertandingan tiga penjuru.
Encik Murali, 48 tahun, dan Dr Chee, 53 tahun, pula merupakan hanya dua calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
SMC Bukit Batok mempunyai 25,727 pengundi yang berdaftar.
Dalam kempen selama sembilan hari, Encik Murali, mantan pengerusi cawangan PAP di Bukit Batok dan pernah bertanding dalam GE2015 di GRC Aljunied, telah berikrar untuk melancarkan beberapa inisiatif bagi penduduk di kawasan undi itu.
Dr Chee, yang merupakan setiausaha agung SDP pula berjanji mahu menjadi Anggota Parlimen (AP) sepenuh masa dan menguruskan sebuah majlis bandaran yang lebih baik daripada yang diruruskan PAP.