Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid 8 tahun dilanggar, diseret kereta 15 meter di sekolah di Malaysia

Jan 07, 2018 | 02:15 PM



MELAKA: Seorang murid lelaki berumur lapan tahun mengalami kecederaan serius di kepala selepas dilanggar sebuah kereta dan diseret sejauh 15 meter dalam kawasan sebuah sekolah rendah di Jasin, Melaka Jumaat lalu (5 Januari).



Ketua Polis Daerah Jasin, Timbalan Superintenden (DSP) Arshad Abu mengenal pasti mangsa sebagai Mohammad Faris Zakwan Zainuddin yang merupakan seorang murid darjah dua.



Dalam kejadian yang berlaku sekitar 6.50 pagi itu, kenderaan itu dipandu seorang pekerja am di sekolah tersebut.



Siasatan awal mendedahkan bahawa sebelum kejadian itu, pemandu berkenaan yang berusia 62 tahun sedang memandu keluar dari kawasan perhimpunan sekolah dan tidak sedar dia telah melanggar kanak-kanak lelaki itu.



Seorang guru lelaki terdengar suara meraung apabila kenderaan itu melanggarnya dan mengarahkan pemandu tersebut untuk berhenti, kata DSP Arshad.



Tambahnya, guru itu memeriksa keretanya dan ternampak kanak-kanak lelaki itu di bawahnya.



Mohammad Faris segera dibawa ke Hospital Melaka.



Kes itu juga sedang disiasat polis.



Dalam pada itu, Mohammad Faris telah selamat menjalani pembedahan dan difahamkan stabil menyusuli pembedahan itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >