Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Murid dalam gempa Sabah diberi sekolah Anugerah Keberanian

Nov 19, 2015 | 06:44 PM

KUMPULAN murid Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) yang mengikuti satu ekspedisi ke Gunung Kinabalu pada Jun lalu apabila gempa bumi melanda, diberi Anugerah Keberanian TKP di sekolah mereka pada Khamis (19 Nov).

Murid seramai 29 orang itu serta guru dan malim gunung terperangkap dalam gempa seluat 6.0 pada skala Richter semasa mendaki pada 5 Jun.

Seramai tujuh daripada murid darjah enam itu terkorban, bersama dua guru mereka dan seorang malim dari sebuah syarikat luar.

Tujuh murid itu turut diberi anugerah tersebut, yang diterima oleh wakil mereka bagi pihak mereka.

Pengetua TKPS, Cik Caroline Wu, berkata anugerah tersebut mengiktiraf keberanian dan daya tahan yang ditunjukkan murid sekolah itu semasa gempa tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3