Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid Darjah 1 hingga 3 mula divaksinasi

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



MURID-MURID Darjah Satu hingga Tiga iaitu mereka yang berusia tujuh hingga sembilan tahun telah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mereka semalam di Kelab Masyarakat Nee Soon.



Kelab masyarakat tersebut merupakan antara pusat vaksinasi kanak-kanak yang tersedia di seluruh negara.



Lebih satu dalam 10 kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun sudah pun menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama vaksinasi mereka, menurut Pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak.



Sehingga Isnin lalu, 11.4 peratus kanak-kanak sudah menerima vaksin Covid-19 mereka di pusat-pusat vaksinasi kanak-kanak di merata Singapura.



Latihan vaksinasi untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun bermula pada 27 Disember lalu.



Ia dijangka melibatkan lebih 300,000 kanak-kanak secara keseluruhan.



Setakat ini, hanya formulasi pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech dianggap selamat bagi penggunaan kanak-kanak di Singapura.



Mendapatkan vaksinasi bagi kanak-kanak adalah penting dan sebahagian usaha negara menentang koronavirus Covid-19, lebih-lebih lagi dengan varian Omicron yang semakin merebak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >