Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Murid darjah lima bangkit semangat negara lukis beg NDP

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Murid darjah lima bangkit semangat negara lukis beg NDP

Jul 19, 2020 | 06:15 PM

AKIBAT pandemik Covid-19, murid Sekolah Rendah Perempuan Haig Anisah Mohamed Faisal terlepas peluang menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) secara langsung di Padang tahun ini.

NDP 2020 akan diadakan dalam skala lebih kecil, tanpa kehadiran penonton dan pertunjukan pendidikan nasional bagi pelajar darjah lima dan pratonton untuk awam ditiadakan.

Namun, Anisah, 11 tahun, tetap gembira dia dapat membantu menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dan terlibat dalam sambutan kemerdekaan ke-55 tahun Singapura.

Anisah antara 20 pelukis terpilih untuk menghasilkan karya seni pada beg cenderahati NDP tahun ini, yang dinamakan Beg Singapura Bersama.

Beg cenderahati itu memaparkan 10 desain oleh pelukis kurang upaya daripada tujuh pertubuhan, dengan kerjasama SG Enable; dan juga 10 desain oleh murid darjah lima, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

“Saya rasa sangat teruja. Walaupun kami tidak dapat ke NDP tahun ini, saya dapat menyumbang dengan melukis Beg Singapura Bersama. Saya rasa bangga ramai orang akan dapat lihat karya seni saya. Saya harap mereka akan suka dan ingat agar kekal bersatu,” kata Anisah.

Sejajar dengan tema NDP tahun ini – Together, A Stronger Singapore (Bersama, Sebuah Singapura yang Lebih Kukuh) – karya para pelukis itu ialah luahan cinta mereka bagi Singapura, dan penghargaan kepada mereka yang menyokong perjuangan menentang koronavirus Covid-19, dan aspirasi mereka bagi masa depan Singapura.

Karya Anisah, berjudul We are Stronger Together (Kita Lebih Kukuh Bersama) memaparkan kekuatan Singapura menerusi lukisan lima buku lima, atau genggaman tangan.

Setiap buku lima menandakan sifat baik hati, keberanian, keyakinan, tidak mementingkan diri sendiri dan optimis – nilai melambangkan semangat yang Anisah fikir diperlukan negara.

Semua buku lima dilukis memandang arah sama untuk menunjukkan Singapura harus kekal bersatu menangani Covid-19.

“Saya mahu berkongsi bahawa semua warga Singapura kuat dan tekad untuk melawan virus... Saya harap kita dapat bangkit lebih kuat bersama,” ujarnya.

Beg Singapura Bersama mengandungi, antara lain, sanitiser tangan, termometer, pelitup, baucar dan snek.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3