Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid, guru positif Covid-19, Sekolah Rendah Fuchun, Frontier beralih ke HBL hari ini

May 17, 2021 | 09:15 PM



SEORANG murid Sekolah Rendah Fuchun dan seorang guru Sekolah Rendah Frontier diuji positif Covid-19 semalam (16 Mei), menyebabkan kedua-dua sekolah itu beralih ke pembelajaran dari rumah (HBL) hari ini (17 Mei).



Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), kedua-dua sekolah tersebut akan meneruskan HBL sehingga penghujung penggal sekolah iaitu 28 Mei untuk "melindungi pelajar dan kakitangan serta mengelakkan risiko penularan di sekolah".



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MOE berkata murid Sekolah Rendah Fuchun itu kali terakhir berada di sekolah pada 12 Mei dan dia dikatakan sihat.



Dia telah dikuarantin dari 12 Mei kerana salah seorang anggota isi rumahnya telah diuji positif Covid-19.



Guru Sekolah Rendah Frontier itu pula kali terakhir berada di sekolah pada 14 Mei dan berada dalam keadaan sihat.



Namun, beliau mendapat simptom-simptom jangkitan pernafasan akut pada hari tersebut dan telah berjumpa doktor pada petang itu.



Kedua-dua premis sekolah tersebut telah dibersihkan dan dinyahjangkit, tambah MOE.



Kontak dekat kes-kes itu juga telah diberi perintah kuarantin dan akan menjalani ujian swab Covid-19.



Dalam pada itu, MOE berkata terdapat seorang pelajar Sekolah Maha Bodhi yang diuji positif Covid-19 semalam.



Pelajar perempuan itu telah diberi perintah kuarantin sejak 14 Mei lalu kerana dia telah menghadiri pusat penjagaan pelajar, Seedlings World Student Care @ Frankel, tempat sama yang dihadiri seorang lagi pelajar Sekolah St Stephen's yang dijangkiti.



"Murid ini kali terakhir berada di sekolah pada 12 Mei. Oleh kerana dia merupakan kes yang berkaitan di mana dia mempunyai simptom setelah dikuarantin, MOH tidak memerlukan penjejakan kontak antara kontak di sekolah," jelas MOE.



Kementerian itu menambah bahawa Sekolah Maha Bodhi akan meneruskan pembelajaran di sekolah seperti biasa sehingga 19 Mei ini di mana semua sekolah beralih ke HBL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >