Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid prasekolah potensi terdedah kepada kes Covid-19 akan dikena cuti ketidakhadiran

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



MURID serta kakitangan prasekolah yang berkemungkinan terdedah kepada Covid-19 akan dikenakan tindakan lebih ketat mulai hari ini.



Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa kanak-kanak atau kakitangan yang mempunyai ahli keluarga serumah yang sedang menunggu untuk dibawa ke kemudahan kuarantin pemerintah, atau menunggu keputusan ujian Covid-19 sementara menjalani kuarantin, kini akan dikenakan perintah cuti ketidakhadiran (LOA).



Mereka hanya akan dibenarkan kembali ke prasekolah selepas anggota keluarga telah dibawa ke kemudahan tersebut, dan mempunyai keputusan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19 negatif apabila dikenakan kuarantin, menurut ECDA.



Buat masa ini, LOA hanya diberikan jika ahli keluarga serumah sedang dikuarantin atau sedang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di rumah.



Selain itu, LOA juga akan dikenakan terhadap seluruh kelas sekiranya seorang kanak-kanak atau anggota kakitangan prasekolah yang berada di premis sekolah didapati jatuh sakit sebelum dikuarantin berikutan terdedah kepada kes Covid19, atau jika mereka jatuh sakit sebaik sahaja memulakan kuarantin.



Seluruh kelas hanya dibenarkan kembali ke sekolah setelah kanak-kanak atau kakitangan tersebut mendapat keputusan negatif apabila mereka memulakan kuarantin.



Menurut ECDA lagi, sekiranya individu yang dikuarantin didapati sihat, ibu bapa akan dimaklumkan, dan mereka juga digalak untuk memastikan anak mereka yang berada di dalam kelas yang sama, kekal di rumah.



Sehubungan itu, jika kanak-kanak atau kakitangan sekolah sedang menjalani ujian Covid-19 kerana didapati terdedah kepada kes positif, LOA juga akan diberikan kepada mereka.



Sekiranya, anggota keluarga kanak-kanak prasekolah juga perlu menjalani ujian, ibu bapa dinasihatkan agar memastikan anak-anak mereka duduk di rumah.



Mereka hanya boleh ke sekolah apabila mendapat keputusan negatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >