Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Murid sekolah rendah perlu ambil ujian pantas antigen Covid-19 setiap 2 minggu: MOE

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Murid sekolah rendah perlu ambil ujian pantas antigen Covid-19 setiap 2 minggu: MOE

Oct 20, 2021 | 06:25 PM

MURID sekolah rendah perlu melakukan ujian pantas antigen (ART) setiap dua minggu hingga sekolah ditutup pada November, kata Kementerian Pendidikan (MOE).

Dalam surat yang ditujukan kepada ibu bapa dan penjaga di portal digital Parents Gateway pada Rabu (20 Okt), MOE berkata 10 kit ART akan diedarkan kepada setiap murid mulai Isnin depan.

Ini bermakna ibu bapa tidak perlu membeli lebih banyak kit ART untuk anak-anak mereka.

Ujian kerap akan membantu memupuk sikap tanggungjawab sosial di kalangan murid dan memastikan sekolah selamat untuk pembelajaran, kata MOE.

Rejim ujian baru itu akan menghendaki pelajar melakukan satu swab ART pada waktu yang ditetapkan.

Ujian pertama mesti diambil paling lewat pada 31 Oktober dan ujian kedua mesti dilakukan paling lewat pada 14 November.

Ibu bapa dan penjaga perlu memantau anak-anak ketika mereka mengambil ujian itu, kata MOE.
Setelah keputusan diperoleh, ibu bapa boleh menyerahkannya di pautan yang disediakan oleh sekolah anak mereka.

Sekiranya positif, murid mesti memberitahu sekolah melalui guru darjah dengan segera, kata MOE.
Pelajar yang positif Covid-19 dan tidak sihat akan dihantar ke klinik Swab dan Hantar Pulang (SASH) bagi menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR).

Sementara itu, mereka yang menerima keputusan ART positif tetapi merasa sihat diminta mengasingkan diri selama 72 jam sebelum mengambil satu lagi ART.

Mereka boleh mengakhiri pengasingan mereka apabila keputusannya negatif, tambah MOE.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3