Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid S'pura raih tempat kedua dalam ujian membaca global

Jan 22, 2018 | 05:49 PM



PARA pelajar darjah empat Singapura muncul di tempat kedua dalam satu ujian antarabangsa yang mengukur betapa baik mereka membaca.



Keputusan Kemajuan Dalam Kajian Literasi Membaca Antarabangsa, yang dikeluarkan bulan lalu, juga mendapati bahawa murid-murid di sini lebih baik daripada rakan sebaya di negara lain dalam membaca dan melungsuri teks dalam talian.



Laman The Straits Times melaporkan bahawa murid Singapura berada di kedudukan teratas - mengatasi 15 wilayah lain seperti Amerika Syarikat - menerusi tugasan dalam talian, yang memerlukan mereka menjawab soalan berkaitan dengan maklumat dalam Internet.



Ini merupakan kali pertama kajian itu - yang diselaraskan setiap lima tahun sejak 2001 - melibatkan komponen yang menilai kefahaman murid-murid berkaitan maklumat dalam talian, bagi mengetahui perubahan gaya bagaimana anak muda mengumpul dan memproses maklumat dalam era digital.



Sekitar 6,500 murid daripada semua sekolah rendah mengambil bahagian dalam ujian itu pada 2016.



Lebih 319,000 pelajar dari serata dunia mengambil bahagian.



Russia berada di kedudukan teratas daripada 58 sistem pendidikan dalam pusingan kali ini, dengan Hongkong di tempat ketiga, Ireland keempat dan Finland kelima.



Singapura berada di kedudukan keempat daripada 45 sistem pendidikan sedang Hongkong pula di tempat ketiga, Ireland keempat dan Finland kelima.



Singapura berada di kedudukan keempat daripada 45 sistem pendidikan pada 2011.



Ujian itu, yang ditaja Persatuan Antarabangsa bagi Penilaian Pencapaian Pendidikan, menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan kemahaman, seperti memperoleh dan merangkai maklumat, dengan membuat kesimpulan dan menyemak teks.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >