Murid 'tersedar' setelah ikuti tuisyen hingga terpilih terima sijil kelakonan baik
Mar 18, 2019 | 05:30 AM
APABILA Illya Farina Muhamad Yusaini menyertai program tuisyen Kelas Kemajuan Marsiling tiga tahun lalu, dia tidak bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi pelajarannya.
Namun apabila guru tuisyennya berkongsi pengalaman kurang cemerlang kerana sikap sambil lewa, Illya Farina, 13 tahun, 'tersedar' dan mula lebih rajin belajar.