Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Musabaqah Tilawah dan Tahfiz dapat penyertaan menggalakkan

Aug 20, 2019 | 09:57 AM



MAJLIS Musabaqah Tilawah dan Tahfiz Al-Quran (MTTQ) peringkat kebangsaan Singapura telah sampai kemuncaknya pada Ahad (18 Ogos). 



Acara tahunan itu telah menghasilkan Qari dan Qariah tempatan yang berbakat sejak lima dekad yang lalu, selain mencungkil bakat dalam kalangan anak muda untuk meneruskan budaya pembacaan dan penghayatan Al-Quran.



MTTQ dianjurkan juga untuk memupuk rasa cinta terhadap Al-Quran di kalangan masyarkat Islam di Singapura.



Dalam ucapannya di majlis penyampaian anugerah, Encik Arzami Salim, salah seorang anggota Jawatan Kuasa Pemandu Al-Quran tahun ini, menggalak masyarakat Islam Singapura untuk bukan hanya memahami maksud yang sebenar disebalik ayat-ayat suci Al-Quran, bahkan juga mengamalkan nilai-nilai murni yang disebutkan di dalamnya dalam kehidupan seharian di masyarakat majmuk di negara ini.



Encik Arzami menambah, “Nilai-nilai seperti kecemerlangan, rahmah dan keadilan merupakan nilai-nilai yang patut diterapkan dalam kehidupan seharian seorang Muslim.”



Beliau turut menggesa setiap individu untuk menegakkan nilai-nilai ini bagi memastikan keharmonian Singapura yang berbilang bangsa dan agama terjaga.



Bagi kategori Tahfiz, Adik Umar Rasyideen Mohamed Salehin, Cik Ummu Umara Mohamed Sarjoon dan Encik Syed Hussein Fathi Syed Mahmud Shahab masing-masing dinobat sebagai johan peringkat kanak-kanak, belia dan dewasa. 



Bagi kategori Tilawah pula, Adik Hasbi Hanuar, Adik Naurah Khalisah Nasser, Encik Ubaidillah Al Hamdan Fahmi, Cik Nur Zahratul Humaira Hilmi, Encik Muhammad Sadid Abd Latif dan Cik Widadul Wahidah Mahamood masing-masing menjadi johan lelaki dan wanita peringkat kanak-kanak, belia dan dewasa.



Mereka membawa pulang piala serta wang tunai, dan bakal mewakili Singapura di peringkat antarabangsa.



Tahun ini, terdapat sekitar 120 penyertaan bagi kategori Tilawah, iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. 



Terdapat 120 penyertaan bagi kategori Tahfiz tahun ini, naik 50 peratus berbanding tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >