MUSIM durian dijangka bermula seawal bulan depan, dengan durian dari Malaysia sudah mula tiba di negara ini.
Namun menurut akhbar The New Paper, penjual durian menjangkakan musim durian ini akan mencapai puncaknya sekitar Jun.
Pemilik 211 House of Durian, Encik Ooi Meng Lee, 57 tahun, berkata:
“Puncak musim durian tahun ini adalah sekitar bulan Jun. Ketika itulah orang ramai boleh mendapat durian yang bermutu terbaik.”
Harga durian juga dijangka turun apabila bekalan meningkat nanti.
Dalam pada itu, pemilik Durian Empire by 717, Encik Goh Kwee Leng, 67 tahun, berkata penduduk Singapura boleh menjangkakan pelbagai jenis durian dari Malaysia termasuk Mao Shan Wang, D13, D24 dan XO mulai bulan depan.
“Biasanya, durian Mao Shan Wang yang jatuh dari pokok dahulu dan durian D24 akan jatuh lebih lewat,” ujar Encik Goh.