Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim ambil sikap proaktif dalam usaha jimat air

Mar 10, 2018 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di Singapura, termasuk masjid, telah mengamalkan sikap proaktif dalam usaha menjimat air, dengan mengambil pelbagai inisiatif untuk mencapai matlamat tersebut.



Menyatakan demikian semasa mengadakan lawatan ke Masjid Al-Mawaddah di Sengkang semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau senang hati melihat masyarakat Islam telah mengamalkan sikap demikian.



"Sebagai orang Islam, kita ditegah membazir. Apabila kita menjalankan usaha menjimatkan air, itu juga suatu usaha yang diberkati.



"Saya berbesar hati kerana masyarakat Islam telah tampil mengambil inisiatif dalam usaha menjimatkan penggunaan air, terutama di masjid," ujarnya ketika ditemui wartawan.



Pengerusi Eksekutif Masjid (MEC) Al-Mawaddah, Encik Sharifuddin Mohd Ali, berkata:



"Masjid antara institusi yang berpeluang bergiat dalam usaha menjimatkan air di Singapura. Antara lain, mengelak pembaziran air selaras dengan ajaran agama dan nilai murni yang ingin kami terapkan dalam jemaah dan pelajar di sini."



Semasa lawatan yang berlangsung sebelum solat Jumaat itu, Encik Masagos diiringi kakitangan masjid melihat beberapa projek yang diusahakan untuk menjimatkan air, seperti menadah air hujan dan air pemeluwapan daripada alat penghawa dingin.



Air yang dikumpulkan menerusi kededua cara itu dikitar semula dan digunakan untuk menyiram tanaman dan membersihkan masjid, menurut jurucakap masjid.



Murid yang menyertai program Kids aLIVE - program pendidikan Islam bagi kanak-kanak - di masjid itu, sejak tahun lalu juga telah digalak menjimatkan air semasa mengambil wuduk dengan menggunakan air daripada botol dan bukan daripada paip.



Kaedah tersebut menggunakan sekitar 0.75 liter air, lebih rendah daripada mengambil wuduk menggunakan air terus daripada paip bagi tempoh yang sama, kata penyelaras program Kids aLIVE di Masjid Al-Mawaddah, Ustazah Nor Aishah Makshah.



Program itu disasarkan kepada kanak-kanak berusia antara lima dengan lapan tahun.



"Murid-murid kami digalakkan menjimatkan air sejak hari pertama mereka menuntut di sini. Kami harap mereka dapat meneruskan amalan ini di rumah dan tempat lain juga," katanya.



Dalam pada itu, sebagai menyokong Hari Air Sedunia Singapura tahun ini, khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid semalam juga menyentuh tentang kesan perubahan iklim kepada bumi dan menggesa jemaah menjimatkan penggunaan air apabila mandi atau mengambil wuduk.



Masjid-masjid di Singapura telah memainkan peranan dalam menjimatkan penggunaan air sejak beberapa tahun lalu.



Dua tahun lalu, Masjid Mujahidin di Stirling Road memulakan projek #GreenUmmah yang bertujuan menggalak jemaah menjimatkan air.



Kajian masjid tersebut menunjukkan bahawa seseorang jemaah itu berupaya menjimatkan sehingga 10 liter air apabila mengambil wuduk selama 45 saat, dengan menggunakan paip yang dibuka separa.




Laporan lanjut : Usaha jimat air di S'pura raih hasil




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >