Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG PEMIMPIN MASYARAKAT BERSAMA PM LEE

Muslim faham isu rumit, hargai isyarat positif pemerintah

Apr 11, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Muslim di Singapura faham kerumitan berhubung membenarkan jururawat Muslim memakai tudung semasa bertugas dan menghargai isyarat positif yang diberikan pemerintah berhubung perkara ini, kata naib pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali.



Bercakap dengan media selepas menyertai dialog tertutup antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan pemimpin dalam masyarakat Melayu/Islam semalam, Dr Mohamed berkata usaha pemerintah mendekati masyarakat dalam perbincangan adalah penting.



Menambah, Dr Mohamed, yang juga Penolong Profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berkata pemerintah telah bersikap amat serius dalam menguruskan keperluan kumpulan agama yang berbeza di sini, termasuk dalam hal membenarkan jururawat Muslim memakai tudung semasa bertugas.



"Ini adalah langkah positif di mana pemerintah telah menunjukkan isyarat positif bagi masyarakat Melayu Islam, dalam hal membenarkan jururawat Muslim memakai tudung," ujar Dr Mohamed.



Menambah, beliau berkata proses pertimbangan pemerintah ini mengambil masa yang lama kerana perkara ini memerlukan perbincangan panjang dengan pemimpin masyarakat dan ketua asatizah.



Isu tudung, yang amat dekat di hati wanita Muslim di Singapura juga adalah isu yang amat sensitif, kata Dr Mohamed.



"Ada implikasi dan juga kesan yang harus ditangani sekiranya pemerintah mengambil keputusan untuk membenarkan wanita kita (Muslim) memakai tudung," ujar Dr Mohamed.



"Muslim di Singapura menghargai kepentingan kehidupan berbilang budaya di sini juga tahu keperluan bersikap amat sensitif dalam isu berkenaan hubungan antara agama.



"Bagi saya, isu tudung ini bukan sahaja isu keagamaan, malah ia juga bersangkut paut dengan faktor-faktor lain, terutama isu-isu yang berhubung dengan kehidupan berbilang agama yang harmoni di sini," ujar beliau lagi.



Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara yang dibincangkan di sesi dialog itu, Dr Mohamed berkata topik mengenai identiti masyarakat Muslim Singapura juga telah ditimbulkan.



Menurut beliau, masyarakat Muslim setempat mempunyai identiti unik, dan mereka bukan sahaja dikenali sebagai masyarakat Muslim, malah masyarakat Muslim Singapura.



"Masyarakat Muslim Singapura menghargai kepentingan keharmonian antara kaum dan sentiasa berusaha kita dapat hidup bersama dalam damai dan harmoni," katanya lagi.



Bertemu media selepas menyertai dialog tertutup itu semalam, Encik Lee berkata pemerintah akan meneruskan pertimbangan dan perbincangan mengenai membenarkan jururawat Muslim memakai tudung semasa bertugas dan berharap dapat berkongsi keputusan mengenai perkara ini di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ogos nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >