Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harap dapat sambut ‘Raya Istimewa’ tahun ini, terus waspada langkah pengurusan selamat: Masagos

Mar 26, 2022 | 07:24 PM



TEMA ‘Raya Istimewa’ tahun ini sempena penyalaan lampu Raya di Geylang Serai amat  sesuai sedang masyarakat Muslim setempat  berharap dapat menyambut musim perayaan kali ini dengan lebih meriah, selepas dua tahun menyambutnya dengan begitu sederhana.

Menulis di Facebook pada Sabtu (26 Mac) mengenai acara penyalaan lampu Hari Raya 2022 di Wisma Geylang Serai Jumaat malam (25 Mac), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga,  Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Geylang Serai sekali lagi bermandi cahaya  bergemerlapan sempena menyambut kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.





“Kita telah berjuang memerangi Covid-19 selama lebih dari dua tahun.

“Setiap kita telah banyak berkorban untuk menyesuaikan kehidupan harian kita demi memastikan keselamatan orang yang kita sayangi dan Singapura,” katanya  yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Beliau menarik perhatian, seperti yang diumumkan  Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian Khamis lalu, warga Singapura akan melangkah ke arah keadaan hidup bersama Covid-19 dan akan melonggarkan langkah pengurusan selamat. 





“Saya juga berharap pengunjung ke Geylang Serai akan bergotong-royong dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Patuhi langkah-langkah yang ditetapkan sambil menikmati keindahan lampu perayaan dan pengalaman membeli-belah Hari Raya Geylang Serai,”ujarnya.

Encik Masagos mengucapkan terima kasih kepada semua  atas usaha berterusan dalam mengamalkan tanggungjawab sosial dan memainkan peranan dalam mengawal Covid-19.

“Kerjasama anda selama inilah yang membolehkan kita bergerak ke arah sebuah negara dengan berdaya tahan melawan Covid-19.

“Namun, perjuangan kita masih belum berakhir. Mari kita sama-sama terus berwaspada, jangan leka, dan amalkan langkah pengurusan selamat sambil menikmati musim perayaan bersama orang yang kita sayangi,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >