Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Muslim S’pura kutuk serangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Muslim S’pura kutuk serangan

Apr 21, 2019 | 07:07 PM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan masyarakat Islam di sini mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Sri Lanka pada Easter Sunday hari ini.

Dalam kenyatannya, Muis berkata masyarakat Islam di sini bersedih dengan satu lagi tindakan pengganasan yang dilakukan ke atas tempat ibadah dan korban nyawa yang tidak bersalah. 

“Tindakan ganas sedemikian tidak mempunyai tempat dalam masyarakat dan kami berdiri teguh bersama-sama dengan masyarakat yang terjejas,” ujarnya.

Islam, kata Muis, adalah agama yang menggalak kedamaian dan hubungan harmoni antara masyarakat berbilang agama.

Islam juga menghormati kesucian agama dan nyawa manusia selain menyeru agar jemaah di semua tempat ibadah dilindungi daripada bahaya.

Ingatan dan doa kami kepada warga Sri Lanka dalam masa-masa sukar ini, kata Muis lagi.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3