Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim SG dapat sesuaikan diri dalam talian meski keadaan mencabar: Maliki

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN keadaan agak mencabar akibat pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu, masyarakat Islam di sini dapat menyesuaikan diri dengan wadah di dalam talian dengan baik, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.



Tambahnya, ini telah membolehkan mereka meneruskan pelbagai amalan keagamaan, khususnya semasa Ramadan.



Dengan Singapura kini berada dalam kedudukan lebih baik menangani Covid-19 dan langkah pengurusan selamat yang dilonggarkan, beliau berharap masyarakat dapat terus mendakap teknologi sedang mereka dapat kembali menjalankan pelbagai kegiatan keagamaan secara fizikal Ramadan ini.



"Kami menggalak semua orang yang telah meraih pengalaman menggunakan wadah di dalam talian selama dua tahun untuk kembali ke masjid, dengan mematuhi segala langkah pengurusan selamat.



"Pada masa yang sama, mereka yang masih tidak dapat melakukan demikian harus terus melihat pada peluang yang tersedia di dalam talian," ujar Dr Maliki.



Perubahan kelakuan inilah yang diharap dapat dipacu Gerakan SalamSG yang dilancarkan Dr Maliki di Masjid Mujahidin di Stirling Road semalam.



Gerakan itu merupakan satu inisiatif baru oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan masjid untuk menyuburkan program masjid serta menggembleng masyarakat Islam di sini untuk menghidupkan kehidupan keagamaan mereka, baik secara fizikal mahupun di alam maya, di tengah-tengah sekitaran norma baru sedang warga menuju ke arah menjalani kehidupan dengan Covid-19.



Bertemakan Suburkan Salam, Sebarkan Rahmah, gerakan itu akan dirintis mulai Ramadan tahun ini hingga Hari Raya Aidiladha pada bulan Zulhijjah.



Sebagai sebahagian daripada gerakan itu, seramai 2,000 Duta Khidmat Ramadan (RSA) akan berkhidmat di semua masjid di Singapura sepanjang Ramadan ini untuk membantu mengajar warga emas bagaimana untuk menggunakan alat digital mereka antara lain untuk menggunakan aplikasi dan laman web MuslimSG, menempah tempat bagi solat tarawih di masjid dan membayar zakat menerusi dalam talian.



Antara RSA itu termasuk Cik Fadilah Haji Ismail yang akan berkhidmat di Masjid Pusara Aman Ramadan ini.



Menurutnya, masjid itu telah bekerjasama dengan SalamSG dan apabila jemaah datang ke masjid itu, RSA yang berkhidmat boleh membantu mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan fungsi tertentu menggunakan alat digital mereka.



"Cabaran utama Masjid Pusara Aman ialah masjid ini tidak terletak dekat kawasan perumahan, jadi kami berharap kehadiran kami dapat menarik perhatian penduduk di kawasan berdekatan seperti Jurong, Choa Chu Kang dan Brickland," ujar Cik Fadilah.



Di acara pelancaran Gerakan SalamSG semalam, Dr Maliki turut melawat ruang di mana relawan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan duta digital Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) membimbing warga emas menggunakan alat digital mereka.



RLAF yang mengendali program Transformasi Digital bagi Warga Emas (DTS) di 18 masjid sejak dua tahun lalu turut bekerjasama dengan SalamSG untuk melatih RSA yang akan berkhidmat Ramadan ini.



Menekankan perlunya meneruskan usaha mendidik dan membiasakan masyarakat dengan digitalisasi, Dr Maliki berkata relawan bersedia membantu warga emas menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka memanfaatkan ruang fizikal.



"Kami mempunyai relawan muda yang tampil mengajar warga emas bagaimana untuk menempah tempat bagi solat tarawih misalnya dan saya rasa ini satu cara masyarakat kita boleh tampil membantu," ujarnya.



Mufti, Dr Nazirudin Nasir, turut menyampaikan tazkirah di majlis pelancaran Gerakan SalamSG semalam.



Beliau antara lain menyentuh tentang beberapa pengajaran daripada pandemik ini dan bagaimana ia telah membentuk kehidupan sosio-agama kita.



"Sedang kita bersiap sedia bagi Ramadan lebih baik, saya mengajak masyarakat meneruskan amalan terbaik sebelum ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >