Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERANAN KITA DALAM MASYARAKAT LEBIH BESAR

'Muslim SG jadi model berjaya bagi masyarakat minoriti Islam lain'

Dec 22, 2019 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam Singapura merupakan satu model masyarakat minoriti Islam yang dapat hidup harmoni dengan rakyat lain serta bersama mengejar kemajuan dengan warga lain dalam masyarakat majmuk di sini.



Malah, masyarakat Islam di sini merupakan model yang berjaya bagi masyarakat minoriti Islam lain yang tinggal dalam masyarakat majmuk.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata ini hasil kerja keras pemimpin agama, masyarakat dan politik negara ini yang telah banyak menyumbang kepada usaha tersebut.



Pemimpin agama di sini memainkan peranan membimbing dan memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya hidup berharmoni dalam masyarakat berbilang kaum dan agama ini tanpa mengkompromi ajaran Islam.



Pemimpin masyarakat pula berupaya menggembleng masyarakat dan mengajak mereka menghargai perpaduan sosial dan kepelbagaian dalam kalangan mereka.



Sementara itu, Encik Masagos berkata pemimpin politik di negara ini juga telah melakar pelbagai dasar untuk memupuk keharmonian kaum dan agama di sini.



Ini telah membolehkan lebih 5.6 juta penduduk Cina, Melayu, India, Serani dan lain-lain hidup bersama secara harmoni selama ini.



Antara dasar itu termasuk dasar integrasi kaum (EIP). Hasil dasar ini, masyarakat Singapura tidak hidup berasingan walaupun masyarakatnya rencam.



Malah, mereka tinggal dan membesar di kawasan sama, serta bergaul dengan semua masyarakat.



Singapura juga mempunyai Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA) yang memberi kuasa kepada pemerintah agar mengambil tindakan terhadap pemimpin atau kumpulan agama yang mencetuskan permusuhan atau perasaan benci antara kumpulan agama, atau memperalatkan agama bagi tujuan politik.



Mujur, Akta tersebut tidak pernah digunakan sepanjang 30 tahun ini, tetapi ia berkesan sebagai pencegah.



Baru-baru ini, pindaan kepada undang-undang itu dilulus Parlimen, di tengah-tengah trend global seperti sikap keagamaan yang meningkat serta keganasan lebih tinggi yang didorong ucapan kebencian.



Sementara banyak masyarakat minoriti Islam di serata dunia menghadapi cabaran dalam komitmen mereka terhadap kewarganegaraan, masyarakat Islam di Singapura pula merupakan sebuah masyarakat gemilang yang memaparkan semangat kewarganegaraan yang kukuh sehingga mampu menempatkan mereka di tahap yang sama dengan masyarakat lain.



Bahkan sebelum pindaan itu diluluskan, lebih 250 pertubuhan keagamaan telah melahirkan 'Komitmen untuk Melindungi Keharmonian Agama', yang dibangunkan menyusuli perbincangan dengan beberapa pemimpin agama setempat.



Komitmen itu dilancarkan sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) yang berlangsung Jun lalu.



Encik Masagos berkata hampir semua pertubuhan Melayu/Islam di sini termasuk Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah melahirkan komitmen mereka untuk melindungi keharmonian agama ini di Singapura secara sukarela.



"Mereka selesa menyatakan komitmen mereka ingin memelihara keharmonian agama yang dinikmati di Singapura dan ini jelas menunjukkan bagaimana kita ingin hidup bersama dengan kepelbagaian kita," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >