Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim Singapura derma lebih $340,000 kepada pelarian Syria

May 26, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam Singapura menderma lebih $342,000 bagi membantu pelarian Syria di Jordan dan Lebanon dalam Ramadan, kata Yayasan Rahmatan Lil Amin (RLAF).



Inisiatif itu dilaksana dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), yang kini berada di kawasan itu.



Sebahagian dana itu, yang dikumpulkan dalam pungutan selama seminggu di masjid pada Februari lalu dan menerusi derma dalam talian, akan digunakan bagi menyediakan bekalan gas kepada pelarian di kem Al-Azraq di Jordan.



Gas itu diperlukan bagi menghangat tempat tinggal lebih 35,000 pelarian dalam musim sejuk ini.



Lebih separuh wang itu pula akan disalurkan kepada program pendidikan bagi kanak-kanak Syria, termasuk program menggesa ibu bapa terus menyokong persekolahan anak mereka.



Program setahun itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 2,000 kanak-kanak.



Menurut RLAF, bantuan disasarkan kepada pelarian Syria di dua negara itu kerana terdapat lebih dua juta pelarian di sana sedangkan sumbernya terhad.



Pengarah Eksekutif RLAF, Encik Zainul Abidin Ibrahim, berkata pelarian yang ditemui pihaknya menunjukkan sikap hormat dan bermaruah tinggi, walaupun hidup dalam keadaan begitu sukar.



"Mereka amat menghargai dan tersentuh bahawa orang yang tinggal jauh dari mereka prihatin mengenai keperluan mereka," kata Encik Zainul, yang melawat kem pelarian di Jordan dan Lebanon baru-baru ini.



Lawatan dari 14 hingga 16 Mei itu sebahagian daripada usaha RLAF memantau pelaksanaan projek bantuan tersebut.



Encik Zainul ditemani pengurus kanan jabatan pembangunan keupayaan RLAF, Encik Izhar Roslan.



Selain bertemu pelarian, dua wakil RLAF itu menemui penganjur projek, rakan kongsi dan sukarela.



Ditubuhkan pada 2009, RLAF memberi geran kepada pertubuhan dan kumpulan belia bagi menganjurkan projek kemanusian di dalam dan luar negara.



Setakat ini, RLAF, dengan bantuan masjid, telah mengumpulkan lebih $5.5 juta bagi projek bantuan kemanusiaan antarabangsa.



Projek di Syria ialah yang ke-38 yang disokongnya.



Lebih separuh daripada 22 juta warga Syria kehilangan tempat tinggal angkara konflik berdarah di negara itu yang bermula sekitar enam tahun lalu.



Konflik tersebut meragut nyawa dan mencederakan lebih dua juta warga Syria, termasuk lebih 24,000 kanak-kanak.



Sekitar lima juta warga Syria menjadi pelarian hingga akhir tahun lalu - jumlah tertinggi berbanding negara lain - kata UNHCR.



Kebanyakan pelarian itu sekarang tinggal di Turkey, Lebanon, Jordan, Iraq dan Mesir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >