Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslimah Kelompok Masjid Barat bantu golongan kurang upaya sempena Ramadan

Mar 28, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 100 anggota kurang upaya daripada Kumpulan Orang Cacat Muslim Singapura (KCMS) menerima habuan sempena Ramadan semalam.



Usaha anjuran Muslimah Kelompok Masjid Barat (WMC) yang terdiri dari 10 masjid itu bertujuan menyebarkan keceriaan sedang golongan tersebut menyambut Ramadan yang akan datang.



Ia kali pertama usaha sebegitu dianjurkan WMC.



Setiap penerima mendapat satu beg mengandungi makanan kering seperti beras dan biskut dan satu lagi beg berisi makanan beku seperti kuih pau dan sambal tumis.



Naib pengerusi Muslimah WMC, Cik Salmah Mansor, berkata usaha itu bertujuan memberi perhatian kepada golongan kurang upaya dan membantu meringankan kos sara hidup harian mereka.



"Pihak penganjur amat terharu dapat membantu orang-orang kurang upaya memulakan Ramadan dengan rasa gembira, lebih-lebih lagi dalam suasana Covid-19 yang menyelubungi kita sekarang.



"Alhamdulillah kami dapat menyalurkan usaha sebegini untuk memastikan kumpulan ini tidak dilupakan oleh masyarakat Islam khususnya," ujar Cik Salmah.



Beliau berharap acara itu dapat dijalankan setiap tahun.



Acara tersebut melibatkan hampir 120 relawan daripada WMC.



Dalam pada itu, relawan WMC dan 'abang teksi' daripada Angkatan Kebajikan Ummah (AKU) menggembleng tenaga menghantar habuan itu ke rumah anggota KCMS di serata Singapura menggunakan 33 kenderaan.



NUR  HUMAIRA SAJAT



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >