Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mutu udara di paras tidak sihat, hujan renyai dijangka reda keadaan

Sep 23, 2019 | 10:17 AM



 



MUTU udara di Singapura kekal di paras tidak sihat pada Isnin (23 September), tetapi hujan renyai dijangka sehingga minggu hadapan, yang boleh meredakan keadaan.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dalam makluman harian pada Ahad, berkata ramalan cuaca menunjukkan angin bertiupan dari hala timur lalu atau tenggara pada Isnin dan ‘dijangka diiringi hujan renyai’.



Pada 9 pagi, Isnin, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam melebihi 100 di semua tempat di Singapura. Daerah selatan menunjukkan PSI tertinggi - 122 - dan bahagian pusat merakamkan bacaan terendah 111.



Bacaan PM2.5 sejam - yang menurut NEW memberikan ukuran mutu udara lebih baik - antara 41 dengan 58, iaitu antara jaluran ‘biasa’ dengan ‘lebih tinggi daripada biasa’.



Bacaan PSI 24 jam diramal berada antara jaluran sederhana (paras tinggi) dengan jaluran tidak sihat (paras rendah).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >