Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mutu udara di Singapura kekal tidak sihat

Sep 19, 2019 | 12:09 PM



MUTU udara di Singapura kekal tidak sihat ekoran jerebu pada Khamis (19 September).



Jerebu terus membelenggu Singapura sementara ia mempersiapkan diri untuk acara Grand Prix (GP) Formula Satu Singapore Airlines pada hujung minggu ini, dan pelajar Darjah 6 mempersiapkan diri bagi kertas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang pertama pada Jumaat (20 September). 



Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada antara 112 dengan 128 di seluruh Singapura pada 12 tengahari pada Khamis (19 September). 



Bacaan tertinggi adalah 128 di daerah selatan negara, sementara catatan PSI di daerah barat adalah 119, dan 120 di daerah timur. 



Daerah pusat Singapura mencatatkan bacaan terendah pada kadar 111.



Bacaan PSI antara 101 hingga 200 berada dalam lingkungan tidak sihat, di mana Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti di luar.



Jurucakap bagi perlumbaan GP Singapura memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa perlumbaan itu masih akan diteruskan, sambil pihak penganjur terus memantau keadaan jerebu. 



Kementerian Pendidikan (MOE) berkata bahawa semua bilik darjah sekolah rendah dan menengah, serta tadika MOE dan sekolah pendidikan khas, dilengkapi dengan mesin pembersih udara bagi memastikan pelajar dapat belajar dan menduduki peperiksaan dengan selesa.



Ia menambah bahawa jika kualiti udara mencapai tahap yang tidak sihat, atau apabila diperlukan, sekolah akan menutup pintu dan tingkap bilik darjah dan menghidupkan alat pembersih udara.



NEA berkata pada petang Rabu bahawa jerebu terus ditiup angin dari Sumatera selatan, dan keadaan berkabur dijangka berterusan.



Disebabkan kadar penglihatan yang kurang baik ekoran jerebu, kesemua 12 penerbangan kendalian syarikat Firefly antara Singapura dan Malaysia pada Rabu dibatalkan.



Jurucakap Firefly berkata syarikat penerbangan itu akan terus memantau keadaan untuk 12 penerbangan yang dijadualkan antara Lapangan Terbang Seletar dan Lapangan Terbang Subang pada Khamis.



Selain menjejas penerbangan, jerebu juga memberi kesan kepada kesihatan rakyat. 



Masalah kesihatan yang paling biasa dialami adalah mata dan tekak gatal, dan batuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >