Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mutu udara di Singapura mula reda

Sep 20, 2019 | 08:57 AM



MUTU udara di Singapura mula reda pada Jumaat (20 September), setelah enam hari berada di paras tidak sihat.



Pada 8 pagi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada antara 59 dengan 64 di seluruh Singapura, iaitu dalam lingkungan sederhana. 



Bacaan tertinggi adalah 64 di daerah selatan dan barat negara, sementara catatan PSI di daerah timur adalah 62.



Daerah utara mencatatkan bacaan PSI 60, dan di daerah tengah pula adalah yang terendah pada 59.



Namun, apabila akhbar The Straits Times (ST) membuat tinjauan pada Khamis (19 September), mereka mendapati bahawa beberapa syarikat yang mempunyai pekerja yang bekerja di kawasan terbuka telah mengambil langkah untuk melindungi kakitangan mereka.



Misalnya, firma pembinaan, syarikat yang menawarkan perkhidmatan keselamatan dan perniagaan di tepi pantai telah mengedarkan pelitup N95 kepada pekerja mereka, selain memberi ringkasan tentang keadaan jerebu kepada para kakitangan.



Kualiti udara di Singapura mencecah tahap tidak sihat untuk kali pertama dalam tiga tahun pada Sabtu (14 September) dan dalam tempoh beberapa hari setelah itu, mutu udara berada di paras berbeza-beza.



Jika diperlukan, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Khamis (19 September) bahawa pihak berkuasa mempunyai stok pelitup N95 sebanyak 16 juta, yang boleh dilepaskan ke pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >