Mutu udara masih di tahap tidak sihat

MUTU udara di Singapura masih berada dalam lingkungan tidak sihat pagi ini.

Indeks Pencemaran Udara (PSI) selama 24 jam pada 9 pagi tadi adalah antara 128 dengan 152.

Udara dianggap tidak sihat bila PSI berada dalam lingkungan antara 101-200.

PSI selama tiga jam, petunjuk yang tidak dikaitkan dengan nasihat kesihatan, bagaimanapun turun kepada tahap 65 pada 9 pagi tadi selepas memuncak pada tahap 222 pada 1 dinihari.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata bahawa keadaan jerebu dijangka berkekalan hari ini.