Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Muzafar Rahman muncul dengan album baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Muzafar Rahman muncul dengan album baru

Sep 26, 2018 | 05:30 AM

JIKA disebut nama Muzafar Rahman, pasti lagu-lagu berirama rok yang timbul di fikiran.

Malah, lagu-lagunya seperti Gerimis Senja, Mawar Putih, Hilang, Lambat, Rezeki Kita Berbeza dan Malam Ini pernah dimainkan di corong-corong radio suatu ketika dahulu.

Namun, setelah hampir enam tahun menyepi dari industri muzik, Muzafar atau lebih dikenali sebagai Muz, 49 tahun, kini kembali dengan sebuah album baru.

Ia dijangka akan dilancarkan akhir tahun ini atau awal tahun depan.

"Dalam album solo ini, saya kumpulkan beberapa lagu lama dan menambah lagu-lagu yang baru.

"Pendengar akan disajikan dengan 10 buah lagu yang mempunyai genre komersial rok dan akustik," kata penyanyi tempatan itu.

Beliau merupakan penulis lirik, komposer dan penyanyi bagi album berkenaan.

Album berjudul "Muz Rahman" "Muzer" Selendang Sutera... itu merupakan album Muz yang kelima.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah mengeluarkan dua album solo dan dua lagi album bersama kumpulan Mesmeriser.

Berkongsi tentang harapannya ketika membuat album terbarunya, Muz berkata:

"Saya berharap apa yang dilakukan bagi industri muzik Melayu di Singapura mendapat pengiktirafan orang ramai.

"Di masa akan datang, saya turut ingin diberi peluang membawa muzik Singapura ke luar negara."

Mengulas tentang 'kehilangnnya' dari industri muzik, Muz berkata beliau sebenarnya tidak pernah berhenti dari bidang nyanyian

Bagaimanapun, beliau hanya menjadikan kegiatan tersebut sebagai kerja sampingan yang diminati.

Malah, beliau turut mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang teknisyen gudang dan pegawai keselamatan.

"Saya tidak berhenti dari bidang nyanyian. Malah, saya tetap dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan.

"Ada juga yang mengundang saya untuk membuat persembahan di seberang Tambak seperti di Malaysia dan Indonesia," kongsi Muz kepada wartawan Berita Harian.

Biarpun begitu, jika diberi peluang, Muz tetap berharap dapat menjadikan nyanyian sebagai satu kerjaya yang tetap.

"Saya harap melalui album terbaru ini, ia boleh menjadi batu loncatan agar orang mula mengenali lagu-lagu saya.

"Ia juga ibarat satu kejayaan bagi diri sendiri. Jika album ini dapat dijual dengan laku ataupun tidak, ia tidak penting bagi saya asalkan kita sudah buat album berkenaan. Jika boleh terus menyanyi, saya akan teruskan.

"Bahkan, ada beberapa artis legenda dalam industri muzik yang memberi nasihat untuk saya teruskan berseni dan berkarya," dedah Muz.

Penyanyi itu juga berkongsi bahawa ada beberapa buah lagu dari album terbarunya itu, yang diharap akan disukai.

"Kesemua lagu di dalam album ini adalah dalam Bahasa Melayu. Antara lagu-lagu yang diharapkan akan disukai dan dikenali orang ramai ialah Selendang Sutera, Fahamilah Hatiku dan Hilang," kata beliau.

Lagu-lagu dari album tersebut juga akan dimasukkan dalam wadah digital seperti iTunes dan Spotify.

Muz turut mendedahkan bahawa sebuah band bernama 'Muzer' akan mengiringi beliau di hari pelancaran album solonya itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3