Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HADIAH SAGU HATI: RAIH $500

Muzik rancak jika mandi lama sangat

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



APABILA Cik Nur Zahidah mendapati ramai daripada rakan-rakannya kemaruk mandi sambil mendengar lagu kegemaran mereka, beliau mendapat idea untuk menggabungkan kedua-dua kegiatan itu untuk membolehkan lebih ramai orang menjimatkan air.



Projeknya yang bernama JI-MAT itu adalah sebuah peranti yang akan mempelajari serta memantau tabiat pengguna semasa mereka mandi dengan menggunakan elemen muzik dan grafik.



Menurut lulusan Temasek Politeknik itu, alat yang mendapat inspirasi daripada restoran yang memainkan jenis muzik tertentu untuk mempengaruhi berapa lama pelanggan mengambil masa menjamu selera itu akan memainkan lagu yang iramanya lebih rancak jika pengguna mandi terlalu lama.



Pengguna JI-MAT juga boleh mengawal alat itu menerusi sebuah aplikasi di telefon bimbit mereka.



"Semasa mereka sedang mandi, JI-MAT akan mengawal kederasan aliran air dan suhunya serta menggunakan kaedah visual dan muzik menerusi sebuah skrin LED.



"Apabila JI-MAT mendapati pengguna bilik mandi itu berada terlalu lama, ia akan memainkan lagu yang mempunyai irama yang lebih pantas agar pengguna itu habiskan mandi secepat mungkin," kata anak tunggal berusia 22 tahun itu.



Cik Nur Zahidah, yang baru-baru ini telah membuat permohonan untuk menjalani sebuah program bekerja sambil belajar berkata tujuannya mencipta alat itu adalah bagi mengurangkan pembaziran air di rumah.



Ini setelah beliau mendapati bahwa ramai dalam kalangan kawannya gemar mendengar muzik semasa mandi.



"Jadi saya juga dapat mengurangkan risiko telefon bimbit mereka alami kerosakan kerana terkena air semasa mandi," katanya.



Ciptaannya itu juga membolehkannya meraih hadiah sagu hati sebanyak $500 dalam pertandingan Splash Lab kendalian agensi air Singapura, PUB Mac lalu.



Cik Nur Zahidah turut meluahkan keprihatinannya terhadap masalah perubahan iklim yang mana alat JI-MAT itu dapat menyumbang kepada usaha mengekalkan sumber air jernih yang terbatas namun penting untuk kegiatan seharian.



"Perubahan iklim itu bakal membawa kesan yang ketara kepada kehidupan kita, sebab itu ia baik untuk kita mula menjimatkan air di rumah.



"Semasa menjalankan kajian saya dapati, pembaziran air yang banyak berlaku semasa kita sedang mandi.



"Sebab itu saya telah merancang mencipta sebuah produk yang dapat mengurangkan pembaziran air dan pada masa yang sama memupuk tabiat yang lebih baik kepada pengguna," jelasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >