Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzikal, sarkas antara tarikan di Marina Bay jelang Tahun Baru

Dec 30, 2019 | 02:38 PM



ORANG ramai boleh menikmati stau pertunjukan muzikal dari Jepun yang melibatkan bunga api serta 500 dron buat kali pertama sempena sambutan menjelang Tahun Baru esok (31 Disember) di pentas terapung The Float @ Marina Bay.



Pertunjukan selama satu setengah jam itu juga akan memaparkan penari balet dan penunggang ekasikal.



Muzikal Star Island Singapore Countdown Edition itu merupakan antara pertunjukan di acara ‘countdown’ terbesar Singapura, Marina Bay Singapore Countdown 2020.



Tiket masuk ke kawasan muzikal itu berharga $88 dan pintu masuk dibuka pada 5 petang.



Selain itu, orang ramai juga boleh menikmati pertunjukan sarkas oleh Uncle Ringo di Bayfront Event Space, dengan tiket masuk berharga antara $70 dengan $150.



Orang ramai juga boleh menjangkakan pelbagai acara lain esok bagi menyambut ketibaan 2020.



Antara lain, mereka boleh membawa anak-anak menikmati kegiatan ‘bouncy castle’, kraftangan, pertunjukan silap mata dan pelbagai persembahan di The Lawn @ Marina Bay esok mulai 5 petang.



Muka bangunan The Fullerton Hotel pula bermandi cahaya dengan dihiasi karya seni penerima bantuan Beyond Social Services serta Shine Children and Youth Services.



Pertunjukan cahaya itu berlangsung dari 8 hingga 10.30 malam hari ini dan antara 8 hingga 11.30 malam esok.



Bagi maklumat lanjut tentang acara lain, orang ramai boleh lungsuri laman web www.marinabaycountdown.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >