Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzium Kanak-Kanak Singapura bakal dibuka Disember 2022

Dec 12, 2021 | 03:30 PM



MUZIUM pertama di Singapura yang dikhususkan buat kanak-kanak akan dibuka pada Disember tahun depan. 



Disasarkan buat keluarga dengan kanak-kanak 12 tahun ke bawah, muzium ini bertempat di lokasi lama Muzium Setem Singapura.



Pasukan di sebalik Muzium Kanak-Kanak Singapura ini telah memberikan keterangan lanjut mengenainya pada Selasa (7 Disember) lalu. Logo dan cogan katanya iaitu "Start With Wonder" atau "Bermula Dengan Kekaguman" telah didedahkan.



Pembinaan muzium ini diumumkan di Parlimen pada 2020 oleh Cik Grace Fu yang ketika itu merupakan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia. Ia dijadualkan dibuka tahun ini (2021) tetapi pembinaannya tertunda oleh pandemik Covid-19.



Apabila ia dibuka pada Disember tahun depan, bangunan dua tingkat di Coleman Street itu akan sarat dengan pameran berdasarkan kegiatan tentang warisan tempatan dan serantau.



Pengunjung kecil, misalnya, berpeluang mengangkat guni berat yang pekerja buruh kasar atau kuli tangani pada masa silam. Koleksi setem Muzium Setem Singapura juga akan dipaparkan secara interaktif.



Pengarah dan Pengurus Besar Muzium Kanak-Kanak Singapura, Cik Tresnawati Prihadi, berkata: "Kanak-kanak sering diingatkan untuk tidak menyentuh barangan di muzium orang dewasa. Di muzium ini, kami ingin beritahu mereka, "Sila sentuh."



Sambil menggunakan kata-kata "Saya dengar dan terlupa; Saya lihat dan saya ingat; Saya buat dan saya faham", kurator muzium, Cik Mishelle Lim menambah: "Kita tidak lagi boleh mempunyai pameran pasif dan meminta kanak-kanak menggunakan kuasa mata mereka sahaja."



Cik Prihadi menambah sedang muzium Singapura menawarkan pameran mesra kanak-kanak, pameran ini kebiasaannya disajikan sewaktu cuti sekolah.



"Tapi di Muzium Kanak-Kanak Singapura, kanak-kanak dipelawa datang sepanjang tahun," katanya.



Kemasukan percuma buat warga Singapura dan penduduk tetap.



Dalam membangun muzium ini, Cik Prihadi berkata pasukannya telah mendapatkan maklum balas daripada tenaga pengajar pendidikan awal kanak-kanak, ibu bapa dan kanak-kanak.



Sangat membantu apabila pasukannya juga berpengalaman bekerjasama dengan pengunjung cilik. Kebanyakan daripada kakitangan muzium baru ini pula adalah bekas kakitangan Muzium Setem Singapura yang juga merupakan daya tarikan mesra keluarga dan mengadakan kegiatan seperti kem di mana si cilik tidur semalaman di muzium serta keramaian hari lahir.



Cik Prihadi dan pasukannya juga terinspirasi daripada apa yang mereka pelajari daripada muzium kanak-kanak terulung dunia yang mereka kunjungi. Ini termasuk Tropenmuseum Junior di Belanda, Frida & Fred di Graz, Austria dan Muzium Kanak-Kanak Zoom di Vienna, Austria.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >