Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Muzium kaum Yahudi dilancar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Muzium kaum Yahudi dilancar

Dec 03, 2021 | 05:30 AM

SEBUAH muzium yang menjejaki sejarah orang Yahudi dan sumbangan mereka kepada Singapura selama 200 tahun telah dilancarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Pelancaran pameran tetap itu di Pusat Jacob Ballas di Waterloo Street dibuka secara percuma kepada orang ramai menerusi janji temu.

Turut hadir dalam pelancaran itu adalah presiden Lembaga Kebajikan Yahudi (JWB), Encik Nash Benjamin dan Ketua Rabai Singapura, Rabai Mordechai Abergel.

Encik Nash Benjamin berkata, "Ini adalah hari istimewa untuk masyarakat Yahudi di Singapura dengan penubuhan muzium ini yang penting sebagai titik permulaan bagi rakyat Singapura agar lebih memahami kekayaan warisan orang Yahudi serta sumbangan mereka kepada masyarakat Singapura."

Antara pameran tetap yang dipaparkan adalah gambar, video, rakaman audio mengikut urutan kronologi ketibaan orang Yahudi melalui tempoh diaspora, penempatan dan kemakmuran mereka dari zaman penjajah hingga kini.

Pengunjung akan dapat berinteraksi dengan bahan pameran dan mendengar sejarah secara lisan oleh pemimpin masyarakat terkemuka.

Antara lain, pengunjung juga dapat menikmati pameran objek keagamaan tradisional Yahudi, termasuk pemegang lilin bercabang sembilan (Menorah), kitab-kitab agama mereka yang berusia berabad-abad dan beg Talit dan Tefillin, yang digunakan semasa sembahyang pagi mereka.

Untuk maklumat lanjut dan membuat janji temu, sila ke laman web jewsofsingapore@jwb.org.sg.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3