Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BICENTENNIAL SINGAPURA

Muzium maya 3D himpun artifak sejarah S'pura

Feb 03, 2019 | 05:30 AM



Dengan sambutan acara memperingati 200 tahun Singapura, Bicentennial Singapura, dilancarkan Isnin lalu oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong .di Muzium Tamadun Asia, lebih banyak kegiatan berkaitan telah diatur oleh pelbagai badan. Ini bagi menghidupkan semula dan memupuk minat warga tempatan agar meneroka sejarah Singapura. BERITA MINGGU menyajikan kegiatan menarik yang sedang berlangsung.




MENEROKA artifak dari seluruh dunia secara dekat dengan hanya seklik tetikus.



Bereksperimentasikan teknologi 3D, Newshub Kumpulan Media Cina, Singapore Press Holdings (SPH) mereka bentuk sebuah muzium maya 3D yang menghimpunkan artifak berhubung sejarah Singapura.



Muzium itu sebahagian daripada siri baru bicentennial kumpulan media itu yang bertajuk Treasures Before Us.



Siri yang dilancarkan pada 25 Januari lalu itu bertujuan menggalak pembaca dan penonton menyemak naratif sejarah negara.



Ini dilakukan melalui penekanan kisah pada zaman pra-penjajahan dan abad ke-19.



Selain muzium maya 3D, kisah tersebut akan dibentangkan menerusi pelbagai wadah, termasuk laman web interaktif jangka panjang di zaobao.sg, siri video lima episod, dan lima rencana cetak di Lianhe Zaobao.



Editor Newshub Kumpulan Media Cina, Cik Han Yong May, mengongsi manfaat yang telah beliau dan pasukannya perolehi sepanjang sepuluh bulan menghasilkan siri itu.



"Pengetahuan kami mengenai sejarah Singapura diperluas dan kami diperkenalkan kepada ramai rakyat Singapura yang datang daripada pelbagai latar belakang namun mempunyai minat sama untuk pelajari sejarah kita," ujarnya.



Kumpulan media itu membaca 40 buku sejarah dan menemuramah sembilan pengkaji sejarah demi memastikan kajian yang menyeluruh.



Proses kajian itu mengambil masa tiga bulan.



"Bak kata pepatah Cina, kita tak perlu cari merata-rata, tuan pakar sebenarnya ada dalam kalangan kita," kata Cik Han lagi.



Buat julung kalinya, kumpulan media itu mengundang lima perwakilan daripada pelbagai bidang berkaitan sejarah dalam video bersiri itu.



Ini termasuk ahli arkeologi, Encik Tai Yew Seng, wartawan veteran budaya dan seni, Cik Chow Yian Ping, dan ahli sejarah terkenal, Encik Kua Bak Lim.



Antara cabaran yang dialami kumpulan media itu adalah proses mendapatkan artifak sesuai bagi menceritakan setiap kisah sejarah yang ingin disingkap.



"Proses ini mengambil usaha besar daripada pelbagai pihak tempatan dan antarabangsa," kongsi wartawan rencana khas Kumpulan Media Cina SPH, Cik Wong Siew Fong.



Sebanyak 16 artifak yang dipilih terdiri daripada Koleksi Khas Perpustakaan Universiti Amsterdam, Muzium Nasional China dan Muzium Negara Singapura.



Siri tersebut dibahagikan kepada lima bab yang meneroka topik utama dalam sejarah kita.



Bab pertama menyingkap pasang surut Kerajaan Singapura pada zaman Sang Nila Utama.



Bab kedua pula mencerminkan identiti, gaya hidup dan kegiatan ekonomi orang asli pada abad ke-14.



Seterusnya, pada abad ke-16 hingga ke-17, Singapura dipercayai sebuah pelabuhan rancak dan kedudukan tentera yang strategik.



Kisah sejarah ini dikupas dalam bab tiga manakala bab empat pula membongkar sejarah Kebun Bunga Singapura yang ramai tidak ketahui.



Dalam bab terakhir, pakar sejarah mengkaji peranan penting Singapura dalam politik global pada era itu.



Wartawan rencana khas Kumpulan Media Cina SPH, Encik Liu Zhi Peng, berkata:



"Kita selalu kaitkan sejarah Singapura sebagai sebuah 'sleepy village', satu naratif yang biasa didengar namun kami harap dengan siri ini orang ramai dapat fikirkan semula naratif itu."



Muzium maya 3D dan siri video yang mempunyai sarikata bahasa Inggeris itu boleh dilayari di http://interactive.zaobao.com/2019/treasures-before-us/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >