Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzium 'Reflections at Bukit Chandu' yang dinaik taraf dibuka semula 9 Sep

Sep 03, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS ditutup sepanjang tiga tahun, muzium Reflections at Bukit Chandu yang telah dinaik taraf akan dibuka semula pada 9 September dengan mempamerkan pelbagai ciri pameran baru yang belum pernah ditunjukkan kepada orang ramai.



Ini termasuk artifak peluru yang digunakan tentera semasa pertempuran di Pasir Panjang itu sebelum ditewaskan tentera Jepun di bukit itu dan katrij peluru .303 yang digunakan salah satu platun askar Rejimen Melayu semasa pertempuran itu.



Malah, tidak seperti versi sebelum ini yang hanya menceritakan tentang sejarah askar rejimen tersebut, muzium yang terletak di rumah banglo dua tingkat binaan zaman penjajahan dahulu juga menyentuh tentang sejarah penghuni asal rumah itu yang merupakan seorang penyelia kilang pembungkusan candu.



Menurut Cik Syafiqah Jaaffar, penolong kurator muzium itu, konsep muzium pengurusan Muzium Negara Singapura (NMS) kendalian Lembaga Warisan Negara (NHB) itu kali ini lebih fokus pada sejarah kawasan Pasir Panjang.



Di aras satu, orang ramai dijemput masuk dengan satu rakaman arkib yang belum pernah ditunjukkan kepada orang ramai yang menunjukkan wira Perang Dunia Kedua Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menjalankan latihan bersama askar-askar lain rejimen tersebut di Port Dickson, Negeri Sembilan.



Kemudian pelbagai ciri interaktif berbilang media digunakan untuk menceritakan tentang pertempuran Pasir Panjang sebelum dijemput masuk ke sebuah ruang peringatan bagi askar-askar yang tewas semasa pertempuran itu.



Di tingkat dua, pameran menunjukkan proses penghasilan candu pula, mengingatkan orang ramai terhadap bahayanya bahan itu serta sejarah kilang pembungkusan candu yang terletak di tapak bukit itu dahulu.



Selain itu Cik Syafiqah berkata terdapat beberapa ciri lain yang melambangkan masyarakat yang hidup di kawasan berkenaan selain sejarah perang.



Misalnya, terdapat instalasi seni rumah sampan untuk melambangkan dan mengingatkan orang ramai terhadap kawasan perairan Pasir Panjang yang terdapatnya komuniti Orang Seletar, Batu Berlayar dan Kampung Pasir Panjang, katanya.



Beliau menambah, muzium di Bukit Chandu, yang terletak dekat Titik 226 - tempat di mana askar Kompeni C Rejimen Melayu itu tewas sebelum Singapura menyerah kalah kepada Jepun - "menghargai bukan sahaja sejarah peperangan yang berlaku di sini, tetapi juga masyarakat yang pernah tinggal di sini.



"Meskipun pertempuran di situ merupakan satu insiden yang amat penting dalam sejarah Singapura, kita tidak harus melupakan bahawa kawasan ini sebenarnya kawasan yang hidup dan ahli masyarakat yang pernah duduk di kawasan ini masih hidup dalam kalangan kita sekarang," ujar Cik Syafiqah lagi.




SEKILAS MUZIUM REFLECTIONS AT BUKIT CHANDU



Alamat: 31-K Pepys Road
Waktu pembukaan: Selasa - Ahad (9.30 pagi - 5 petang) (Ditutup setiap Isnin kecuali cuti umum)

- Masuk percuma bagi semua pengunjung dari 9 hingga 26 September

- Dari 27 September, masuk percuma hanya bagi warga Singapura dan Penduduk Tetap



Sekilas sejarah muzium:

- Dibina pada 1930 sebagai rumah seorang penyelia kilang pembungkusan candu dari Britain

- Dibuka pertama kali pada 2002 sebagai peringatan terhadap askar Rejimen Melayu

- Ditutup pada 2018 bagi kerja-kerja naik taraf

- Akan dibuka semula pada 9 September 2021 bagi menceritakan sejarah Pasir Panjang secara menyeluruh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >